Wednesday, December 31, 2008

Kelas selfskill untuk January 2009

Tajuk : Bagaimana untuk mencari Prospek Yang Baik

Tarikh : Sabtu 3 Januari 2009
masa :10pagi hingga 12 tengahari
Tempat: Heaven for Smart agent group
Subang permai business centre
Bayaran : RM10


Tajuk : Bagaimana Menangani Bantahan Dengan Jawapan Yang terkini

Tarikh : 7hb Januari 2009 Rabu
Masa : 830 hingga 10 30 Malam
Tempat: Heaven for Smart Agent Group
Subang Permai Business Centre
Bayaran : RM10

terhad kepada 10 peserta sahaja
untuk maklumat lanjut hubungi 019 9191901

Tuesday, December 30, 2008

Menangani Bantahan.

Salam kepada sahabat-sahabat yang hebat

Topik kali ini agak mencabar. Menangani bantahan. Setiap kali kita berjumpa dengan prospek kita pasti ada soalan yang perlu kita jawab untuk memuaskan hati prospek anda.
Dengan erti kata lain selagi kita gagal untuk memberikan pemahaman yang yang lengkap maka selagi itu akan wujud soalan-soalan bantahan dari prospek kita.

Sahabat.
Anda perlu mengetahui tentang syarikat dan produk anda secara lengkap. Kerana jika anda gagal untuk menjawab soalan bantahan tentang syarikat dan produk maka secara tidak langsung ia akan membuatkan prospek kita hilang kepercayaan terhadap kita

Mungkin leader kita mengajar teknik menangani bantahan kepada sahabat tetapi mungkin teknik tersebut adalah sesuai digunakan untuk masa ketika leader itu masih menjadi agent. dan ketika itu produk yang ada mungkin sekadar asas sahaja. Tetapi kita kita ada pelbagai produk baru yang lebih rumit dan ini akan menyebabkan kita terpaksa berusaha dengan lebih gigih mendalami produk yang sedia ada.

Oleh itu sahabat kena fikirkan kaedah dan jawapan yang terbaik untuk menjawab semua soalan yang di ajukan kepada sahabat.

selamat berjuang.

Selamat Tahun Baru 1430

Selamat tahun baru hijrah 1430 diucapkan kepada semua sahabat yang gagah perkasa diluar sana. teruskan usaha dan perjuangan anda.
semoga kejayaan bakal dikecapi

Sunday, December 28, 2008

Selfskill Class

Salam.

Untuk kelas malam esok

Topik: Menangani Bantahan. Keadah terkini untuk situasi terkini

Masa : 830 mlm

Tempat : Subang Permai ( call untuk maklumat lanjut )

Bayaran : Percuma untuk agent Dibawah Mahmudin Agensi
RM 5.00 untuk agent dari agensi lain. ( Bayar jika anda berpuas hati )

Tuesday, December 16, 2008

TIps lagi

Di dalam persekitaran yang penuh cabaran ini, pasti semua individu menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan, iaitu masalah Keyakinan Diri. Bagaimana kita mengekalkan atau meningkatkan keyakinan diri kita?
Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diambil sebagai panduan untuk meningkatkan keyakinan diri anda :

Kita sebagai seorang individu yang normal atau kurang upaya, mempunyai kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Oleh itu, anda yang dapat mengenali diri anda dengan baik pasti anda mengetahui kelebihan dan kekurangan diri anda itu. Dengan itu, anda diminta untuk mengasah kelebihan anda dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Dengan cara ini seseorang itu betul-betul menghargai usaha sendiri dan puas dengan apa yang dikecapi hasil daripada usaha yang dilakukan.

Kedua, ambil risiko. Anggap kegagalan merupakan satu proses pembelajaran dan pengalaman. Jika anda gagal tidak bermakna anda tidak berkebolehan. Mungkin kegagalan itu berpunca daripada keterbatasan kebolehan atau kemahiran diri. Jangan risau bahawa kemahiran hidup boleh dibentuk dan anda pasti akan mampu untuk berjaya sekiranya anda memperbaiki segala kelemahan yang ada daripada pengalaman kegagalan yang lalu. Ingat!!! Anda mungkin tidak semestinya akan berjaya setelah mencuba untuk kali kedua.. anda mungkin kena melalui percubaan demi percubaan tidak kira berapa kali, 3...4...10.. .100 dan ........Jika tidak berjaya juga jangan bimbang, mungkin anda memang tidak berkebolehan untuk melakukannya. .. ingat bukan itu sahaja yang anda boleh lakukan... banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan.

Ketiga, sentiasa berfikiran positif. Jika anda dihantui oleh fikiran negatif, ingatkan diri anda bahawa anda mempunyai kelebihan yang lain yang boleh dimanfaatkan. Sebagai contoh, katakan kawan anda amat pandai dalam pengiraan (subjek matematik) dan anda pula mudah untuk mengingat (subjek sejarah). Anda dan kawan anda boleh belajar bersama secara berkumpulan dan saling tolong-menolong untuk mencapai kecemerlangan akademik. Ingat sentiasa berfikiran positif bahawa anda melakukannya untuk faedah anda dan kawan anda iaitu untuk berjaya.

Ingat apa yang anda lakukan, lakukan untuk diri anda. Abaikan apa yang diperkatakan oleh orang lain tentang diri anda, apa yang penting adalah anda menyayangi diri anda dan anda lakukan hanya untuk kesejahteraan diri anda.

Nobody Perfect!

Monday, December 15, 2008

Masa Itu kehidupan

MASA ITU KEHIDUPAN

Umur insan akan terus meningkat seiring dengan detik masa yang berlalu, sehinggalah suatu ketika nanti apabila masa itu terhenti, insan akan dijemput kematian, maka tiada lagi masa dan kehidupan baginya di atas muka bumi ini.

Pernahkah kita fikirkan tentang masa yang telah berlalu, tahukah kita masa yang telah berlalu itu adalah kehidupan kita yang tidak akan berulang lagi?!

Apakah yang telah kita lakukan pada masa yang lalu. Apakah yang telah kita isikan pada kehidupan yang tidak mungkin kembali lagi itu?

Andai masa dan kehidupan yang telah berlalu dipenuhi dan diisikan dengan ketaatan kepada Allah Ta’ala, maka itulah kejayaan dan keberuntungan yang akan berterusan.
Namun jika masa dan kehidupan itu dipenuhi dan diisi dengan kemungkaran, maksiat dan perkara sia-sia, itulah hakikat sebenarnya kerugian yang berpanjangan. FIrman Allah:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian”. (Al-Asr:1-2)

Allah bersumpah atas masa (yang merupakan makhluk ciptaan-Nya), bahawa manusia ini akan kerugian. Apabila masa itu dikaitkan dengan manusia maka ia merujuk kepada kehidupan manusia. Maka firman Allah ini merujuk kepada kehidupan manusia yang sentiasa di dalam kerugian kerana ia tidak mengisi masanya dengan amalan dan perbuatan yang bermanfaat bagi kehidupannya.

Manusia itu tetap akan berada di dalam kehidupan yang penuh dengan kerugian kecuali.....;
“kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”
(Al-‘Asr:3-4)

Ada insan, bahkan ramai dari mereka yang tidak pernah merasakan kerugian, walau masanya dipenuhi dengan kemungkaran, maksiat dan perkara-perkara yang sia-sia. Malah ia merasakan hidupnya pernah bermakna kerana dipenuhi dengan keseronokkan, kemewahan dan kebebasan. Ia tetap bergembira walau sedang meninggalkan kewajipannya sebagai hamba Allah Ta’ala, ia terus berbangga walau mendedahkan auratnya, ia terus bersuka-ria walau sedang melakukan perbuatan keji dan hina. Insan ini sebenar telah mati walaupun masih bernyawa, yang mati bukan jasadnya tapi hatinya, sehingga ia tidak mampu membezakan antara kehidupan yang membawa keuntungan dan yang sebenarnya dalam kerugian.

Seluruh pancainderanya serta akalnya telah diperdaya oleh Iblis, syaitan dan nafsu serakahnya, sehinggakan ia menjadi buta walaupun masih celik, kerana yang buta bukan matanya tetapi hatinya.

“... Oleh itu, Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.” (Al-Hajj: 46)

Kesimpulannnya, suburkan hati dengan keimanan agar seluruh anggota tubuh dan panca indera yang masih mempunyai nyawa ini akan mengisi masanya dengan amalan soleh, berpesan kepada kesabaran dan berpesan kepada kebenaran, dengan itu ia akan mendapat kehidupan yang dipenuhi keberuntungan di dunia dan akhirat.

artikel dari email rakan rakan

Sunday, December 14, 2008

Bang Produk saya bagus tapi.....

Salam kepada semua wakil yang hebat.

tinggal 15 hari lagi untuk kita menyambut 2009. Tapi dimanakah kedudukan anda ketika ini ?

Baru-baru ini saya ke Karnival Selangor Ria yang diadakan di Stadium Shah Alam. Ada sahabat yang membuka kaunter di sana. Saya pun menegur salah seorang wakil di sana. kesian sebab buka kaunter tapi duduk dikerusi macam kaunter bank pulaks. Saya suka melihat cara persembahan produk dari wakil yang lain. dengan cara ini kita akan mempelajari skil yang mungkin dapat membantu meningkatkan skil peribadi kita

Bila sampai ke peringkat keuntungan mudharabah dalam flyers menunjukkan antara 7 - 9 %. Soalan saya kepada wakil tersebut. Tahun lepas berapa kadar keuntungan yang diperolehi ? Makan jawapannya adalah lebih rendah dari yang ditunjukkan. Alamak....saya terus terpotong stim. Dalam hati saya kenapa tunjuk sesuatu yang agak mustahil. apa masalahnya jika kita menunjukkan perkara yang sebenar jika syarikat hanya membayar antara 5 hingga 7 %.

Ini adalah kesilapan yang seringkali dilakukan oleh wakil diman cuba untuk meyakinkan prospek dengan meletakkan peratusan yang tinggi sedangkan pada hakikatnya tidak.

Perlu diingatkan bahawa pelan takaful ataupun insuran bukanlah satu instrument simpanan yang baik. Kerana konsep asalnya adalah untuk perlindungan sahaja. Oleh itu jika sahabat ingin memainkan isu simpanan sebagai daya penarik terhadap prospek anda pastikan data yang digunakan betul agar anda tidak direbus oleh prospek anda dan akhirny malu sendiri.

Oleh itu pastikan Fakta yang digunakan benar.

selamat berjuang sahabatku

Thursday, December 11, 2008

Cabaran minda..... 24 jam tak cukup ker ?

Salam kepada semua wakil yang hebat.

Kita seringkali berkata kepada kita sendiri bahawa kita seringkali tidak cukup masa yang telah dianugerahkan oleh Allah. 24 jam tak cukup ker ?

apakah kita pasti tidak cukup masa itu ? oleh itu kita mesti merancang aktiviti seharian. Buat perancangan mengikut Jam. Oleh itu kita pasti kita akan merasakan banyak pembaziran masa berlaku kepada kita.

oleh itu fikirkan. adakah 24 jam itu tidak mencukupi atau kita gagal untuk merancang mengawal masa kita.

Monday, December 1, 2008

Sifat Sabar Yang Tinggi Perlu ada Pada Setiap wakil takaful

Salam.

Baru-baru ini saya berbincang dengan sahabat saya. perbincangan berkaitan dengan prospek yang tidak menepati janji. Pada saya itu perkara yang paling menyakitkan hati. Dah laa kita penat-penat datang dan tunggu tiba-tiba prospek tak muncul. call tak angkat dan sms tak reply.

Pada peringkat awal sebagi agent dulu saya amat marah sekali. Tetapi saya berjaya mengawal kemarahan saya itu dengan membuat lebih banyak temujanji dalam sehari. bermakna jika satu temujanji kita gagal kita mungkin ada lagik 5 temujanji. Dengan cara ini akan meredakan lagi kemarahan kita kpada prospek yang tidak muncul tu
itu sahaja coretan saya untuk hari ini.

Saturday, November 22, 2008

Keyakinan diri ?

salam berjumpa kita lagik.

Ada agent hubungi saya bertanyakan bagaimana ingin meningkatkan keyakinan diri. Saya pun terfkir sejenak untuk meberikan jawapan kepadanya

Akhirnya saya dpat jawapan yang terbaik.

Untk meningkatkan keyaunan diri kita kena lbih kerap jumpa prospek kita. Lebih ramai kita jumpa lagi banyak bantahan dan soalan -soalan yang membina diri akan di ajukan kepada kita. Secara tidak langsung kita akan membina keyakinan yang lebih baik untuk berjumpa dengan prospek yang seterusnya.
Oleh itu ramaikan lagik prospek anda. Jumpa mereka dan cuba membuat persembahan yang terbaik. insyalaah anda akan berjaya

Sunday, November 16, 2008

Kepala spray jika ditekan, sudah tentu akan menyemburkan isinya, tak kira apa. Jadilah seperti spray yang sentiasa menyemburkan ilmu, semangat membara pada diri sendiri juga pada orang lain.Jika Anda nak jadi pelajar cemerlang, ikut stail spray. Spraykan ilmu, kongsikan apa yang Anda tahu pada yang ingin tahu. Jika ada yang tak nak tahu, biarkan saja. Terima hakikat, ada yang nak luar biasa hebat, ada yang nak biasa-biasa saja. Yang nak jadi pelajar ala kadar pun ada, janji rock.

Jika nak jadi pekerja cemerlang, spraykan disiplin, komitmen dan professionalisma dalam kerjaya Anda, tak kira kakitangan kerajaan ataupun swasta. Fokus pada kualiti kerja, tak kira Anda kuli, kerani atau bos.Masalah kewangan dan segala macam masalah, letak tepi dulu. Kita susah nak jadi pekerja cemerlang, jika di fikiran kita penuh dengan permasalahan, bukan hal-hal berkaitan kecemerlangan.
Jika nak jadi usahawan cemerlang, lupakan pasal duit, lupakan pasal untung besar. Bina perniagaan sebaik mungkin, jadikan diri Anda unik dan biar perniagaan Anda memberi manfaat pada masyarakat terlebih dahulu. Sebuah perniagaan sepatutnya memberi kebaikan, bukan memberi bebanan.Duit untung akan datang sendiri, bila perniagaan itu bermanfaat pada setiap ahli masyarakat dengan menyediakan produk berkualiti yang memenuhi keperluan mereka atau yang menyelesaikan masalah mereka. Sudah tentu sesiapa saja sanggup beli, walau berapapun harganya.
Masalah kebanyakan orang berniaga adalah, mereka nak hasil cepat, lepas tu dalam jumlah besar! Ini sebab mengapa perniagaan cepat lingkup sebab tak balik modal, sama ada perniagaan Internet, multi level marketing atau perniagaan tradisional. Perlu kawal nafsu dan emosi.Komputer perlukan letrik supaya boleh berfungsi dengan baik.
Manusia perlu motivasi supaya boleh mengusahakan sesuatu dengan baik, cukup cemerlang, cukup bagussss.Ibarat minyak wangi harum yang selalu kita spray , disembur pada baju, motivasi kita pun biarlah macam tu juga, biar di sembur selalu dalam diri sendiri, supaya kita ada semangat tinggi dalam apa jua yang kita kerjakan.LiveStrong!


artikal dari email rakan-rakan

Thursday, November 13, 2008

Kepentingan Senarai mana prospek.

salam
Soalan saya hari ini ialah adakah anda sudah menyenaraikan senarai prospek anda untuk minggu depan ? 200 orang ? Fikrkan

Monday, November 3, 2008

Penghidupan Biasa atau Penghidupan Yang Extrem

salam

Bertemu kembali

Pernahkah sahabat memikirkan yang kita ni hidup hanya sekadar menjalani penidupan yang biasa . Fikirkan betap masa dengan pantasnya belalu. Rasa macam semalam kita baru mengambil peperiksaan kertas terakhir untuk spm kita.

Saya sering kali terfikir. sudah hampir 20 tahun mengambil spm dan menjalani penghidupan yang biasa , dan hasilnya.......masih lagi saya. Impian saya masih belum tercapai.

Kesilapan saya adalah sebab masih lagi menjalan penghidupan yang biasa.

Saudara Azizi Ali ada menyatakan jika kita hendak menjadi seorang jutawan kita perlu menjalani penghidupan yang extrem. bermakna lebih dari penghidupan yang biasa. Jika biasanya kita bekerja 8 jam sehari kita perlu bekerja mungkin 10 jam sehari agar kita dapat lebih dari apa yang sepatutnya Sebagi wakil takaful jika secara puratanya seorang wakil berjaya mendapat 2 kes sehari maka kita perlu mendapatkan 10 kes sehari untuk mencapai cita-cita kita sebagai seorang jutawan.

Saya amat bersetuju dengan idea beliau.

Kita sering membaca pelbagai buku motivasi untuk emberi semangat kepada kita. Tapi adakah kita melaksanakan apa yang kita baca itu ? atau hanya sekadar membaca sahaja ? kemudian lupakan.
Untuk pengetahuan kawan2. Saya telah mencuba teori 10 : 3 : 1 yang bermakna 10 orang kita jumpa 3 akan bersetuju membuat temujanji dan 1 akan bersetuju mengambil polisi dengan kita. Sepanjang 6 bulan saya berkecimpung secara serius saya dapati teori itu memang betul.
Malah saya menyatakan saya hanya perlu berjumpa dengan 5 orang sahaja untuk medapatkan 1 kes. Jadi saya rasa kesilapan saya hanya tidak melaksanakan apa yng saya baca selama ini.

Oleh itu para sahabat. Buat dan lakukan apa yang anda rasa benar dan kan membantu anda.
insyalah anda akan berjaya. Ubah cara hidup anda kepada yang lebih extreme. agar anda akan berjaya mencapai cita tita anda.

akhir kata jumpa di puncak alam ( rumah saya ) he he he

Thursday, October 30, 2008

MLM ooohhh MLM

Salam
Bertemu kembali. Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang agent MLM . Memula saya nak tarik dia jadik wakil takaful tapi lain pulak jadinya.

Cuma kesimpulan yang saya buat ialah

1. Dalam Flyers yang diberikan kepada saya tiada maklumat company. BIla saya tanya kenapa tak ada maka jawapannya bila letak nama kompany orang tak akan respon sebab mereka tahu itu adalah MLM . Dalam hati saya kata peliknya sebab kalau boleh kita bangga dengan nama kompany kita.

2. Presentation lebih ke arah mencarik network atau downline baru. Bila tanya apa barang yang dijual makan baru nak cerita. Lepas tu barang semua meragukan.

3. Dia cerita kompany dia dah 9 tahun establish dalam MLM. sebut nama....tak pernah saya dengar.

4. Bila saya tanya siapa jutawan yang dah tercipta....dia pun tak kenal....

5. Dalam MLM ni sistem pasangan digunakan. Gagal mencari pasangan maka gagal lah perniagaan anda

6. Saya tabik dgn prospek saya ni kerana semangat nak carik downline bayar ratus-ratus.

7. pada saya apa pun yang kita buat kita harus lihat semangat juang kita. Jangan kita tengok perniagaan itu mudah kita terus sertai. Ukur jalan nak balik rumah sendiri. he he he

8. Untuk para UPLINE yang sedang mencari DOWNLINe adakah anda tanya downline ada adakah mereka mempunyai semangat seperti anda. Atau hanya mereka yang boleh membuat pinjaman bank tetapi senyap jer selapas menyertai skim anda. FIKIRKAN.

Monday, October 27, 2008

Jadual kelas selfskill

Tarikh Tempat Masa Topik

rabu 29/10/2008 P8 Putrajaya 8:30 Handling Objection

Jumaat 30/10/2008 Kajang Putra 8:30 Prospecting.

Tuesday, October 21, 2008

Adakah pemikiran anda selari dengan cita cita anda ?

Salam

Baru-baru ni saya lepaking dengan kawan2 saya di kaunter alamanda putrajaya. Kemudian ada orang tegur saya dia cakap " awk ni walaupun pakai jeans dan agak simple tetapi boleh closed case setiap hari " tak macam rakan-rakan yang lain. saya tanya rakan-rakan yang lain macam mana ? jawab dia...mereka yang pakai smart dengan kemeja dan slack serta bertali leher berdiri dari pagi sampai malam tetapi masih gagal nak closed walau satu case.
Jawapan saya senang jer. Berpakaian smart tu adalah kelebihan tetapi jika pemikiran kita tidak selari dengan cita-cita kita maka kita akan gagal, contoh dalam case mereka. Mereka tahu yang mereka sedang bekerja untuk mendapatkan case. Tapi fikiran mereka melayang entah kemana. Mungkin sedang komen prospek yang mereka nampak. Tidak focus. akhirnya balik dengan tangan kosong.
Oleh itu kita mesti pastikan pemikiran dan cita-cita kita kena selari. jika tidak kita akan gagal dalam kerjaya kita.

Friday, October 17, 2008

Informasi tentang kad perubatan

Izinkan saya memberi penerangan berkenaan insurans untuk hospitalisation demi kebaikan ahli-ahli Group ini. Saya minta maaf kalau bahasa saya campur English kerana sesetengah istilah lebih mudah dijelaskan dalam English. Kalau tak faham, boleh tanya saya personally.

Insurans untuk hospitalisation sebenarnya terbahagi kepada 4 jenis coverage utama iaitu

1 - Hospital benefit (HB)
2 - Hospital & Surgical benefit (H&S)
3 - Complete Hospitalisation Benefit, without medical kad
4 - Complete Hospitalisation Benefit, with medical kad & emergency service

1 - Hospital Benefit (HB)
Ini adalah faedah elaun harian bila anda diwadkan di hospital akibat sakit atau kemalangan. Contoh RM50 sehari atau RM100 sehari. Faedah ini dibayar mengikut bilangan hari anda diwadkan di hospital. Sesetengah polisi, letak syarat, kalau diwadkan lebih 3 malam berturut-turut, baru boleh claim dan sesetengah polisi pula meletakkan skop faedah terhad kepada punca kemalangan sahaja (terutamanya polisi kemalangan diri / personal accident).

Faedah Rider ini anda tuntut tak kira bilangan polisi kerana ia adalah elaun harian bila diwadkan di hospital. Jadi, kalau ada 2-3 polisi yang beri faedah elaun harian hospital ini, semua anda boleh tuntut.

2 - Hospital & Surgical benefit (H&S)
Ini adalah faedah gambungan Hospital Benefit (elaun harian) dan surgical claim (tuntutan pembedahan). Maknanya, kalau ada faedah ini, anda akan dapat tuntut elaun harian bila diwadkan di hospital dan tuntutan pembedahan kalau anda menanggung kos pembedahan.
Untuk kos pembedahan, biasanya ada limit, contoh 30x ganda dari elaun hospital. Kalau elaun hospital adalah RM 100 sehari. Limit 30x ganda, bermakna anda boleh claim surgical expenses sehingga RM 3,000 sahaja.

Kos pembedahan ini, hanya boleh dituntut mengikut bil hospital original yang anda bayar. Kalau majikan atau insurans lain dah tanggung, anda tak boleh tuntut lebih untuk buat untung. Kos perubatan lain kalau tiada pembedahan, tidak ditanggung.

3 - Complete Hospitalisation Benefit, without medical kad
Ini adalah faedah perubatan hospital yang agak menyeluruh (di mana kos perubatan, kos pembedahan dan kos bilik wad + makan minum ditanggung) tetapi claim dilakukan secara "bayar dulu, tuntut kemudian". Ia tidak beri anda elaun bila diwadkan di hospital swasta, tetapi kos perubatan di hospital tersebut boleh dituntut, mengikut jadual plan yang anda pilih. Kalau masuk hospital kerajaan, baru dapat elaun harian hospital mengikut bilangan hari anda diwadkan.

Maknanya, walaupun dari segi hospitalisation anda covered, tapi anda still kena advancedkan dulu duit anda sebagai deposit dan full payment, dan setelah discharge dari hospital, bawa original bil dan medical report untuk buat tuntutan. Claim pula boleh memakan masa berbulan bulan.

4 - Complete Hospitalisation Benefit, with medical kad & emergency service
Ini adalah faedah hospitalisation yang menyeluruh, sama macam faedah No:3 di atas, tetapi bezanya ia disertakan sekali dengan medical kad dan khidmat kecemasan 24jam sehari, 365hari setahun. Dalam erti kata lain, bila berlaku kecemasan dan memerlukan rawatan hospital, samada akibat sakit yang baru dihidapi atau kemalangan yang baru menimpa, insurans akan :-
a) Bayar deposit kemasukan hospital
b) Beri surat jaminan bayaran / guarantee letter
c) Bayar bil akhir terus menerus ke hospital panel
d) Sediakan khidmat kecemasan 24jam sehari, 365hari setahun.
e) Berikan penyata pelepasan cukai pendapatan sehingga maksima RM3,000 setahun

Kalau anda mahukan perlindungan hospitalisation yang menyeluruh dan khidmat yang cekap, inilah faedah hospitalisation terbaik yang anda boleh perolehi dari sykt insurans sekarang ini.

CAJ INSURANS HANGUS?

Yes, saya pasti ramai yang tak suka dengar perkataan ini, "kalau takde tuntutan, bayar hangus?".

Kalau anda faham konsep insurans yang sebenar-benarnya, insurans adalah satu PAKATAN dalam satu kumpulan peserta yang besar, di mana kos kerugian yang berlaku dalam kehidupan seseorang, akan dikongsi-bersama dengan peserta-peserta lain dalam kumpulan yang besar. Kerana perkongsian masalah ini-lah, membolehkan setiap peserta mencarum sebahagian kecil sahaja dari kos rawatan sebenar.

Insurans bukan satu paksaan. Siapa nak masuk, boleh daftar dan dapat jaminan tanggungan perubatan. Siapa yang rasa dirinya kebal dan tak nak masuk kerana rasa dia tak akan sakit sampai ke tua, dia tak perlu ambil insurans. Its as simple as that (no offence!).

Cuma kalau anda buat keputusan untuk sertai insurans hospital ini, anda perlulah ikut syarat kumpulan peserta tersebut, iaitu setiap peserta yang join insurans ini, perlu mencarum sebahagian kecil untuk kegunaan tabung kecemasan kumpulan. Mana-mana peserta dalam kumpulan ini masuk hospital, maka penganjur akan uruskan deposit, guarantee letter dan bayaran bil akhir terus ke hospital panel tersebut.

Jadi, kalau anda faham konsep insurans, bayaran hangus ini sepatutnya tak timbul kerana anda sepatutnya bersyukur, anda sentiasa sihat dan dalam jagaan Allah kerana tidak sakit atau kemalangan dan walaupun anda tak buat tuntutan, duit caruman anda itu akan/telah digunakan untuk menanggung kos perubatan sesama ahli kumpulan yang anda sertai itu.

Sebagai consumer, jangan tertipu dengan helah marketing sesetengah ejen insurans yang menyatakan medical kad mereka jenis "simpanan", tak hangus macam syarikat insurans lain. In reality, apa jua coverage insurans, terutamanya caj insuran perubatan tetap hangus walau selama mana anda bayar. Dengan duit kutipan caj insurans inilah, tuntutan perubatan dapat dibayar dalam jumlah berlipat ganda. Walaupun pelan insurans itu dinamakan jenis simpanan atau pelaburan, caj insurans perubatan tetap hangus. Tak percaya, cuba selidik illustrasi pelan tersebut. Memang confirmed hangus jugak! So, terima sajalah hakikat ini.

GUARANTEED RENEWAL ATAU YEARLY RENEWAL?

Sesetengah medical kad berbentuk yearly renewal, manakala sesetengah medical kad lain berbentuk guaranteed renewal.

Ramai orang keliru dengan istilah ini. Ada yang menyangka, kalau medical kad itu perlu dibayar dari tahun ke tahun, itu yearly renewal. Sebenarnya, semua insurans memang kena bayar dari tahun ke tahun, termasuk jenis guaranteed renewal. Tak kira pelan jenis saving ke, jenis bayar hangus ke, memang kena bayar secara berterusan. Kalau tidak, coverage akan ditamatkan.

Yearly renewal bermaksud pembaharuan insurans perubatan anda tidak dijamin dan bergantung kepada tahap kesihatan dari tahun ke tahun atau bergantung kepada ketahanan syarikat insurans itu sendiri. Kalau anda pernah buat tuntutan yang banyak dalam tahun itu, atau menhidap penyakit merbahaya yang memerlukan rawatan berlanjutan, medical kad anda mungkin tidak boleh renew untuk tahun seterusnya. Syarat tambahan (pengecualian penyakit yang pernah dituntut) atau caj tambahan (loading), mungkin akan dikenakan ketika renewal tahun hadapan. Syarikat insurans tersebut berhak ubah syarat kontrak polisi dari tahun ke tahun, dan anda akan menerima polisi baru setiap tahun. Syarikat insurans itu juga berhak menamatkan produk medical kad tersebut pada bila bila masa, jika mereka mengalami kerugian besar dan tak sanggup meneruskan produk itu lagi.

Guaranteed renewal bermaksud pembaharuan medical kad anda terjamin dari tahun ke tahun. Syarat syarat jaminan dan tuntutan semuanya sudah dijelas dari awal kontrak dan tidak akan diubah walaupun anda pernah buat tuntutan. Penyakit yang sama boleh dituntut berulang kali sehingga habis had tahunan atau had seumur hidup. Syarikat insurans tidak boleh mengenakan loading atau pengecualian atau megubah syarat jaminan sesuka hati mereka.

TIPS - Kalau anda ingin membeli medical kad, PASTIKAN IA ADA BENEFIT GUARANTEED RENEWAL. Kadang-kala, penerangan ejen insurans macam ada guaranteed renewal, tetapi sebenarnya produk tersebut tidak ada guaranteed renewal. Kalau polisi atau risalah tidak ada tulis guaranteed renewal, ia adalah jenis yearly renewal. Jadi, berhati-hatilah sedikit kerana anda mungkin akan teraniaya jika medical kad anda dihentikan tanpa kerelaan anda.

PELAN KOMBINASI 1 PELAN ATAU PELAN BERASINGAN?

Dalam pasaran, memang ada beberapa syarikat insurans hayat, insurans am dan takaful yang jual medical kad. Ada yang offer medical kad digabung dengan insurans hayat atau insurans pelaburan dan ada yang offer medical kad berasingan dari insurans lain (stand-alone) .

Yalah, ada ejen cakap, ambil medical kad yang digabung dengan insurans pelaburan, bagus, semua faedah dalam 1 pelan. Tak payah pening pening. Kononnya bila digabungkan dengan insurans pelaburan, medical kad itu akan jadi jenis "simpanan".

Tapi, cuba anda fikirkan sendiri, kalau medical kad anda diberikan dalam 1 pelan insurans hayat / pelaburan, ini bermakna medical kad anda hanyalah satu faedah tambahan (rider) sahaja. Kalau anda buat basic full claim atau tamatkan insurans hayat tersebut, kesemua faedah di dalamnya akan ditamatkan, termasuklah medical kad anda.

Sebagai contoh, anda membeli medical kad digabung dengan insurans pelaburan. Bila anda jatuh sakit dan hilang keupayaan keseluruhan untuk bekerja, anda akan claim penuh ke atas insurans pelaburan anda. Bila dah claim penuh basic plan, insurans akan ditamatkan. Anda kehilangan medical kad anda sekali dan segala rawatan lanjutan selepas itu kenalah tanggung sendiri. Nak mohon medical kad baru? Dah sakit, dah lumpuh, bolehkah anda mohon medical kad semula? Sorrylah bang, takde company nak terima dah lepas tu.

Begitu juga dengan insurans hayat atau insurans pendidikan anak anda. Kalau anda bayar insurans RM300 sebulan, adakah anda nak bayar insurans hayat sebanyak itu sehingga umur 80 tahun? Kalau anda bayar RM250 sebulan untuk pendidikan anak anda, adakah anda masih nak bayar sebanyak itu walaupun dia sudah masuk universiti?

Bila tiba masanya, baik anak berumur 18 tahun atau bersara umur 55 tahun, kebanyakan orang ingin berhenti mencarum insurans, lebih lebih lagi pada kadar yang tinggi. Kalau medical kad anda digabung bersama, semua ini akan ditamatkan bersama. Anda dah takde medical kad untuk dibawa ke hari tua anda. Cover sampai 75 tahun katanya, tapi bila dah bersara, anda tak mampu lagi dah nak bayar rm300 sebulan sampai ke tua.

Bila bersara, anda memerlukan setiap wang yang ada, termasuklah insurans pelaburan yang sudah matang mencecah persaraan anda. Takkan nak biarkan duit persaraan anda hangus begitu sahaja, terbiar di syarikat insurans? Bukankah lebih baik, maintain medical kad secara berasingan saja?

TIPS - Kalau nak beli medical kad, dapatkan medical kad secara berasingan dengan pelan insurans lain. Beli insurans berasingan untuk setiap faedah, adalah lebih baik dari pening kepala, coverage dah takde bila 1 polisi ditamatkan kesemuanya!

MAJIKAN DAH COVER SEMUA!

Betul ke majikan anda dah cover semua? Betul ke majikan anda beri layanan istimewa kalau anda masuk hospital? Adakah anda merancang untuk bekerja dengan majikan hingga ke tua?

Tak kira majikan anda adalah kerajaan atau syarikat swasta, tolong semak betul betul tentang faedah perubatan hospital anda. Sebab kalau anda sekadar pekerja biasa (bukan top management), besar kemungkinan faedah hospital anda, ada hadnya, bukan semuanya dicover sampai boleh pejam mata. Kadangkala bila disemak, had anda sekadar rm5,000 atau rm10,000 sahaja. Kalau taraf eksekutif, mungkin coverage anda boleh mencecah RM20,000 - RM 30,000 sahaja. Maklumlah staff staff lain pun nak kena cover juga.

Coverage perubatan hospital yang seseorang itu perlu ada sekarang adalah MINIMA RM100,000 KE ATAS, bukan rm5000, bukan rm10,000. Sebab itulah kos minima untuk rawatan penyakit kritikal seperti kanser, kerosakan buah pinggang, pembedahan jantung, bengkak hati yang rosak dan sebagainya. Jangan ingat anda muda atau berpendapatan sederhana, tak akan dapat penyakit "orang kaya". Penyakit kritikal seperti kanser, menyerang tak kira usia atau status kedudukan.Celebrity popular bila mohon bantuan pun, perlukan lebih RM90,000 untuk rawatan kansernya. Kos hospital sangat mahal sekarang! percayalah cakap saya.

HOSPITAL KERAJAAN KAN ADA!

Ya, memanglah hospital kerajaan ada, tapi persoalannya adakah anda MEMPUNYAI KEUTAMAAN UNTUK MENDAPAT RAWATAN DI HOSPITAL KERAJAAN?

Sekarang ni, semua orang berpusu pusu ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan perubatan yang murah. Pendatang asing pun berpusu ke sana. Bukan nak kata hospital kerajaan tak bagus, tapi kalau anda tidak ada keutamaan, tunggulah 3-4 jam untuk dapatkan rawatan biasa. Kalau rawatan penyakit kritikal seperti kanser, anda mungkin terpaksa tunggu giliran 2-3 bulan untuk dapat temujanji anda.

Kerana semuanya murah di sana termasuk gaji staff hospital, maka servicenya kadangkala kurang memuaskan. Yang lebih menyedihkan lagi, kadang-kala berlaku kecuaian hingga meragut nyawa orang tersayang. Nak service murah, inilah risikonya.

Pernahkah anda terfikir, mengapa semakin ramai orang mohon bantuan kewangan dalam akhbar dan majalah? Hospital kerajaan berlambak apa, mengapa mereka tak pergi sana saja?

Sebenarnya itulah yang berlaku sekarang. Bila anda takde keutamaan, tunggulah giliran rawatan berbulan-bulan. Mereka yang iklankan diri mereka, kerana mereka perlu rawatan segera dan rawatan segera hanya boleh diperolehi di hospital swasta, dengan syarat ada duit bayarannya! Sebab itulah mereka keluar dalam paper, sebab perlukan wang segera untuk rawatan segera. Kanser yang kritikal (stage 3c) sebesar 7cm, boleh membesar kepada 14cm dalam masa 10 hari saja (growth by 100% dalam 10 hari) - Ini kisah benar pelanggan saya, seorang guru kakitangan kerajaan. Anda boleh tunggu giliran 2-3 bulan untuk dapat rawatan kanser?

NASIHAT SAYA

Faedah hospital yang menyeluruh (with medical kad) sudah menjadi satu keperluan sekarang. Kalau majikan anda ada beri faedah perubatan, semak betul betul, berapa hadnya dan bagaimana cara tuntutannya. Kalau anda ada polisi insurans, semak betul betul, jenis faedah hospital yang bagaimana yang anda ada?

Kadang-kadang, bila disemak, majikan cuma cover rm5,000 saja. Bila semak polisi insurans, ada beri elaun harian hospital rm80 sehari sahaja. Sekali buat pembedahan kanser (tak masuk chemotherapy) kosnya mencecah RM 16,500. Majikan cover rm5,000 saja. Insurans pulak, dapat claim 5 hari x rm80 = RM 400 saja. Baki RM10,100 mana nak cari? Bila dah emergency baru nak kelam kabut check itu ini. Dah lah badan sakit menanggung derita, hati pun sakit bila dapat tahu itu ini tak cover. Malahan terpaksa berhutang pula! Aduhhhhh!!

Kalau anda mahukan faedah hospital yang menyeluruh, dapatkan medical kad yang ada emergency service. Pastikan medical kad anda :-

1) Beri coverage yang menyeluruh, dari deposit kemasukan, guarantee letter dan bayaran bil akhir terus menerus ke hospital

2) Ditanggung oleh syarikat insurans yang strong, kukuh dari segi kewangan supaya dia mampu bayar tuntutan anda

3) Ada benefit GUARANTEED RENEWAL

4) Seeloknya medical kad dibeli berasingan dari life policy

5) Service kecemasan yang cekap 24jam sehari, 365hari setahun

6) Rekod tuntutan yang cemerlang dan cekap.

7) Memberi maklumat yang lengkap dan telus agar tidak ada syarat tersembunyi seperti co-insurance, pengecualian tuntutan, penyakit sedia-ada dan sebagainya.

8) Diuruskan oleh konsultan yang berpengalaman dan professional (sebagai rujukan bila ada perkara berbangkit atau emergency di luar waktu kerja).

9) Pilih pelan faedah yang tertinggi yang anda mampu bayar berterusan. Jangan sekadar pilih paling minima sahaja.


NASIHAT PALING PENTING - BELI MEDICAL KAD SEKARANG SEMENTARA ANDA MASIH SIHAT. Sebab kalau anda sudah ada penyakit tertentu, bukan sahaja anda perlu berikan laporan perubatan lama, malahan penyakit tersebut mungkin dikecualikan dari coverage atau permohonan anda ditolak sama sekali (kalau penyakit agak serius).

Medical kad HANYA BOLEH DIBELI DENGAN KESIHATAN. KALAU KESIHATAN DAH TAK MENGIZINKAN, ADA DUIT RM100,000 PUN TAK LAKU NAK BELI MEDICAL KAD LAGI.


artikal dari email rakan -rakan

Thursday, October 16, 2008

Kita yang terlambat lagi terlepas

Salam kepada semua wakil-wakil yang hebat.

Pernahkah anda berjumpa dengan prospek yang mungkin terdiri dari dari rakan-rakan anda, saudara mara anda atau pun mereka yang anda tak kenali memberi jawapan yang mereka sudah memiliki polisi insuran atau takaful.

Bagaimana perasaan anda ketika itu ? Saya rasa semua akan berasa kecewa yang amat sangat terutama bila ianya adalah orang yang kita telah lama kenal.

Oleh itu kesimpulan yang patut kita buat ialah kita mesti teus mempromosikan tentang perniagaan kita sebagi wakil takaful ini kepada semua orang. Ada wakil yang malu hendak memberitau rakan mereka yang dia adalah seorang wakil kerana takut kehilangan mereka.

Oleh itu fikirkan ? Adakah kita tergolong dalam golongan yang TERLAMBAT LAGI TERLEPAS ?

Monday, October 13, 2008

Saya dan komitment saya .....

Salam

bertemu kembali.
Baru-baru saya menghadiri rumah terbuka saudara Azizi Ali di damansara. Sempat bersembang dgn dia sekejab. Dia tanya saya dah lama jadi wakil takaful. Saya jawab hampir 2 tahun dan cuma serius dalam 10 bulan kebelakangan ini. Dia cuma tersenyum. Dia berpesan dgn saya supaya terus berjuang. Saya memikirkan kata-kata beliau. Betul apa yang beliau cakap. Saya buat kesimpulan saya

1. Perjuangan kita sebagai wakil mesti diteruskan jika separuh jalan kita tidak akan dapat menikmati erti perjuangan yang sebenar

2. Kita perlu meneruskan usaha kita sebagai seorang wakil disebabkan komitment dan tanggungjawab kita kepada agama dan keluarga kita

3. Kita perlu menulis cita-cita kita dalam bentuk yang lebih jelas agar medah untuk kita merancang perjalan kita kearah cita-cita kita tersebut.

itu sahaja komen saya...tapi pada Azizi Ali tabik saya dekat dia kerana beliau masih lagi seorang juruterbang walaupun sudah bertaraf jutawan. Idola yang baik......

Thursday, October 9, 2008

Marketing ideas

1. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and say: "I am very rich. "Marry me!" - That's Direct Marketing... "

2. You're at a party with a bunch of friends and see a gorgeous girl. One of your friends goes up to her and pointing at you says: "He's very rich. "Marry him." -That's Advertising. .."

3. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and get her telephone number. The next day, you call and say: "Hi, I'm very rich. "Marry me - That's Telemarketing. .."

4. You're at a party and see gorgeous girl. You get up and straighten your tie, you walk up to her and pour her a drink, you open the door (of the car)"Marry Me?" - That's Public Relations... "

5. You're at a party and see gorgeous girl. She walks up to you and says:"You are very rich! "Can you marry ! me?" - That's Brand Recognition. .."

6. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and say: "I am very rich. Marry me!" She gives you a nice hard slap on your face. - "That's Customer Feedback..."

7. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and say: "I am very rich. Marry me!" And she introduces you to her husband. - "That's demand and supply gap..."

8. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and before you say anything, another person come and tell her: "I'm rich. Will you marry me?" and she goes with him - "That's competition eating into your market share..."


siapa tak paham angkat kaki .....he he he
artikel dari email rakan rakan

Wednesday, October 8, 2008

Teknik Panggilan Telefon

Salam

Saya pasti ramai sahabat seperjuangan saya yang memilih cara ini untuk membuat temujanji dengan prospek anda. Saya sendiri mengamalkan teknik ini dan keberkesanannya amatlah terserlah. Oleh itu terdapat beberapa peraturan asas yang perlu kita tau apabila kit memilih teknik ini sebagai satu cara untuk membuat temujanji

1. INGAT tujuan kita membuat panggilan adalah untuk membuat TEMUJANJI. Bukan untuk menjual produk dalam telefon

2. Perkenalkan diri anda dan terus nyatakan tujuan anda membuat panggilan tersebut adalah untuk membuat temijanji.

3. Biasanya berdasarkan pengalaman saya jika prospek bersetuju untuk berjumpa dengan kita ini bermakna peratus untuk berjaya medapatkan case adalah 50 -50. 50% adalah berdasarkan penerangan kita tentang produk. 50% lagi adalah kesedaran prospek itu sendiri. jadi terpulang kepada anda untuk member peneranangan yang terbaik.

4. Cuma buat panggilan sebanyak mungkin. lebih banyak panggilan dibuat bermakna anda akan lebih mudah untuk mendapat temujanji

5. Buat 5 hingga 10 temujanji sehari. Ini adalah kerana mungkin terdapat temujanji yang akan dibatalkan di saat -saat akhir. Perkara ini biasanya akan berlaku

6. Tulis skrip percakapan anda terlebih dahulu agar anda tidak tergagap-gagap apabila bercakap dengan prospek anda. Bila ada skrip tersebut anda akan lebih berkeyakinan dalam percakapan anda.

serba sedikit dari saya. Penerangan lebih lanjut insyaalah dalam kelas nanti

Tuesday, October 7, 2008

Kisah Ketam melayu dan ketam cina

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu
dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.


Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada...ada... lu mau ketam cina ka ketam melayu?


Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana
ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup...ketam cina......sana dalam bekas tak ada tutup...ketam
melayu la...


Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu apek tak
kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan
kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana
mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.


Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi...jangan kasi
keluar. Dia mau dia sekor saja keluar...yang lain biar dalam bekas.
Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.


Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang
cina berniaga.... cina lain tak kacau...dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya.
Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.
Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna
apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik,
ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama
sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju ....Nak
maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukan semuanak kena 'spoon feed'. Mesti
tunjuk usaha (EFFORT) yang betul. Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata Karam
Singh Walia ...'Ke langit tak cecah ke bumi tak sampai '


artikal ini dari email rakan -rakan saya

Kenapa kita perlu membuat senarai prospek

Salam

Bagaimana dengan hari anda hari ini ? semalam ? Adakah anda berjumpa dengan prospek anda ? Kebanyakkan dari kita gagal untuk menyenaraikan senarai nama prospek kita. Ini merupakan satu kesilapan yang terbesar dalam usaha kita untuk mendapatkan pelanggan yang terbaik. Berikut adalah tujuan kita digalakkan untuk membuat senarai prospek.

1. Kita boleh merancang masa dan dengan siapa yang kita perlu jumpa
2. Tidak membazir masa berjumpa dengan prospek yang kita tahu tidak akan bersetuju dengan cadangan kita

3. Sebagai plan B sekiranya prospek kita yang terdahulu menolak cadangan kita

4. Sebagai motivasi kepada diri kita untuk terus berusaha berjumpa dengan prospek yang lain walaupun prospek yang kita jumpa menolak cadangan kita boleh terus berjumpa dengan prospek yang lain dengan doa dan perancangan yang baru. Geng kalau sehari jumpa 2 orang sebulan tak kan tak boleh closed 10 case

Oleh itu terpulang. ini sebahagian dari cadangan saya. Selamat.....

Monday, October 6, 2008

Bagaimana mencari prospek.

Salam. Bertemu kembali selepas cuti hari raya.
Topik mencari prospek adalah satu topik yang amat luas. Sebagai wakil yang baik anda perlu mencari prospek yang benar-benar memiliki kesedaran untuk memiliki polisi takaful. Bukan hanya sekadar mengambil polisi disebabkan kerana kita mampu mempengaruhi mereka ketika mereka membuat persembahan bersama mereka.

saya sertakan beberapa teknik untuk mencarik prospek yang baik.

1. Kenalan rakan rakan kita.
2. Dari agent-agent kad kredit.
3. Dari jurujual kereta.
4. Mungkin ada pelanggan kita yang terdiri dari doktor, peguam dan sebagainya. oleh itu minta diorang memberikan nama rakan-rakan mereka yang sama pekerjaan dengan mereka
5.Kaunter-kaunter. ( Baru- Baru ni saya dapat senarai prospek dari amil kutip zakat )
6.Gunakan program saksi yang telah saya terangkan dalam kelas tempoh hari

sebenarnnya prospek kita ada disekeliling kita. cuma kita tidak mempunyai kekuatan untuk memberitau mereka yang kita adalah seorang wakil takaful. Fikirkan......

Thursday, September 25, 2008

TIPS INDIVUDU YANG BERJAYA

Tips Individu Berjaya

Firman Allah SWT (bermaksud):
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).
(Surah al-Mukminun)

Sifat Pertama: Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.
Teknik perlaksanaan: - Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat. - Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat. - Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat. - Memintas ganguan fikiran dengan mengucap [UTF-8?]isti‘azah (membaca [UTF-8?]a‘uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali. - Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat. - Melakukan perbuatan solat dengan tenteram. - Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan. - Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.

Sifat Kedua: Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.
Teknik perlaksanaan: - Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut. - Mengawal diri untuk berbicara. - Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib. - Berdiam ketika perlu. - Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai. - Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil. - Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut. - Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita. - Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).. - Jiika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.

Sifat Ketiga: Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.
Teknik perlaksanaan: - Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.. - Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah. - Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan. - Membantu secara sukarela tanpa diminta. - Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya. - Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi. - Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat. - Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak. - Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib. - Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.

Sifat Keempat: Menjaga kemaluan (kehormatan) .
Teknik perlaksanaan: - Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan. - Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah. - Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita. - Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya. - Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau. - Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks. - Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian. - Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.

Sifat Kelima: Menjaga amanah.
Teknik perlaksanaan: - Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia. - Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya. - Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah. - Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi. - Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus. - Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.
Perkara-perkara tuntutan amanah: - Perkara fardhu dalam agama. - Penempatan orang-orang Islam. - Anggota badan. - Waktu. - Ilmu. - Harta. - Barang titipan. - Rahsia orang lain. - Tugas dan jawatan. - Perkara yang diminta untuk dibincangkan.

Sifat Keenam: Setia pada janji.
Teknik perlaksanaan: - Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan. - Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya. - Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji. - Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi. - Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus. - Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Sifat Ketujuh: Tetap memelihara sembahyang.
Teknik perlaksanaan: - Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting. - Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir. - Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu. - Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat. - Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh

ARTIKEL INI SAYA DAPAT DARI EMAIL RAKAN RAKAN

Wednesday, September 24, 2008

Siapa orang yang kreatif ?

Beberapa orang kreatif itu memang juga sekaligus gila, tapi tentu tidak semuanya. Rasanya kita tahu beberapa kisah mengenai tokoh-tokoh kreatif yang sebenarnya baik-baik saja, tapi pada awal karirnya dikira kurang waras atau pada masa kecilnya malah dianggap agak idiot. Hingga kini, bahkan ekspresi kekaguman kita terhadap manusia semacam ini berbentuk gelengan kepala yang menunjukkan sejumput rasa tidak percaya dan tidak mengerti.

Apa yang membuat kita sulit sekali untuk memahami mereka?Menurut Mihaly Csikszentmihalyi, seorang pakar kreativitas yang telah 30 tahun meneliti kehidupan orang-orang kreatif, kesalahpahaman dalam menghadapi mereka sering timbul karena pada dasarnya individu yang kreatif memang memiliki kepribadian yang lebih kompleks dibanding orang lain. Jika kepribadian manusia biasa pada umumnya memiliki kecenderungan ke arah tertentu, maka kepribadian orang kreatif terdiri dari sifat-sifat berlawanan yang terus-menerus 'bertarung', tapi di sisi lain juga hidup berdampingan dalam satu tubuh. Apa saja sifat-sifat kontradiktif mereka?

Orang-orang kreatif memiliki tingkat energi yang tinggi, tapi mereka juga membutuhkan waktu lama untuk beristirahat. Mereka tahan berkonsentrasi dalam waktu yang lama tanpa merasa jenuh, lapar, atau gatal-gatal karena belum mandi. Tapi begitu sudah selesai, mereka juga bisa menghabiskan waktu berhari-hari untuk mengisi ulang tenaga mereka; Di mata orang luar, mereka jadi terlihat seperti orang termalas di dunia.

Orang-orang kreatif pada umumnya juga cerdas, tapi di sisi lain mereka tidak segan-segan untuk berpikir ala orang goblok dalam memandang persoalan. Ketimbang terpaku sejak awal pada satu macam penyelesaian ('cara yang benar'), mereka memulai pemecahan masalah dengan berpikir divergen: Mengeluarkan sebanyak mungkin dan seberagam mungkin ide yang terpikir, tak peduli betapa bodoh kedengarannya.

Orang-orang kreatif adalah orang yang playful, tapi mereka juga penuh disiplin dan ketekunan. Tidak seperti dewasa lainnya yang melihat dunia dengan kacamata super-serius, orang-orang kreatif memandang bidang peminatan mereka seperti taman ria. Mereka melakukan pekerjaannya dengan begitu antusias sehingga terkesan seperti sedang bermain-main, padahal sebenarnya mereka juga bekerja keras mewujudkan 'mainannya'.Pikiran orang-orang kreatif selalu penuh imajinasi dan fantasi, tapi mereka juga tak lupa untuk tetap kembali ke realitas. Mereka mampu menelurkan ide-ide gila yang belum pernah tercetus oleh 6 milyar manusia lain, tapi yang membuat mereka bukan sekedar pemimpi di siang bolong adalah usaha mereka untuk menjembatani dunia khayalan mereka dengan kenyataan sehingga orang lain bisa ikut mengerti dan menikmatinya.

Orang-orang kreatif cenderung bersifat introvert dan ekstrovert. Pada kebanyakan orang lain, biasanya ada satu sifat yang cenderung lebih mendominasi perilakunya sehari-hari, tapi kedua sifat itu tampaknya muncul dalam porsi yang setara pada orang-orang kreatif. Mereka sangat menikmati baik pergaulan dengan orang lain (terutama dengan orang-orang kreatif lain yang sehobi) maupun kesendirian total ketika mengerjakan sesuatu.

Orang-orang kreatif biasanya rendah hati, namun juga bangga akan pencapaiannya. Mereka sadar bahwa ide-ide mereka tidak muncul begitu saja, melainkan hasil olahan inspirasi dan pengetahuan yang diperoleh dari lingkungan dan tokoh-tokoh kreatif yang menjadi panutan mereka. Mereka juga terfokus pada rencana masa depan atau pekerjaan saat ini sehingga prestasi di masa lalu tidak sebegitu berartinya bagi mereka.

Orang-orang kreatif adalah androgini; Mereka mendobrak batas-batas yang kaku dari stereotipe gender mereka. Laki-laki yang kreatif biasanya lebih sensitif dan kurang agresif dibanding laki-laki lain yang tidak begitu kreatif, sementara perempuan yang kreatif juga lebih dominan dan 'keras' dibanding perempuan pada umumnya.

Orang-orang kreatif adalah pemberontak, tapi pada saat yang sama mereka tetap menghargai tradisi lama. Tentu sulit menyematkan nilai kreativitas pada sebuah teori atau karya yang tidak mengandung sesuatu yang baru, tapi orang-orang kreatif tidak ingin membuat sesuatu yang sekedar berbeda dari yang sudah ada; Ada unsur 'perbaikan' atau 'peningkatan' yang harus dipenuhi, dan itu hanya bisa dilakukan setelah orang-orang kreatif cukup memahami aturan-aturan dasarnya untuk bisa menerabasnya.

Orang-orang kreatif sangat bersemangat mendalami pekerjaannya, tapi mereka juga bisa sangat obyektif menilai hasilnya. Tanpa hasrat yang menggebu-gebu, mereka mungkin sudah menyerah sebelum sempat mewujudkan ide kreatif mereka yang sulit dinyatakan, tapi mereka juga tidak dapat menghasilkan sesuatu yang benar-benar hebat tanpa kemampuan untuk mengkritik diri dan karya sendiri habis-habisan.

Orang-orang kreatif pada umumnya lebih terbuka terhadap hal-hal baru dan sensitif pada lingkungan. Sifat ini menyenangkan mereka (karena mendukung proses kreatif), tapi juga membuat mereka sering gelisah -bahkan menderita. Sesuatu yang tidak beres di sekitar mereka, kritik dan cemooh terhadap hasil karya, atau pencapaian yang tidak dihargai sebagaimana mestinya, hal-hal ini mengganggu orang kreatif lebih dari orang biasa.

Tuesday, September 23, 2008

How To Stay Passionate About Your Job

Love It

This is not always easy to do, especially if you aren't exactly at your dream job. However, you probably don't hate everything about it either. Find a part of it that you like, a part that excites or satisfies you, and then focus on that aspect when doing your job.

Branch Out

Don't be afraid to give new things a go. While it might not be part of the job scope, it will give you a change to experiment with something different. Even if it is just temporary, it will provide a welcome break from your everyday routine.

Face Challenges

Challenges help us grow. it is good to have some bumps in the road occasionally; it helps us stay focused. it is also good to take on challenges that can show how good we really are at our jobs.

Stay Motivated

Again, this isn't easy to do, especially when things aren't going your way. Not getting that important promotion or missing out on a raise cans he hard. But it is important to keep your head above the water, and stay the course. At the end of the day it's the result that matter - and if you keep producing good results, you will be rewarded.

Leave It

There may be instance when you feel the job just isn't for you. If your talents and passion lay elsewhere, don't be afraid to pursue your dream. Go ahead, make a fresh start!

Peluang Mencari prospek ketika syawal

salam rakan2 seperjuangan.

selamat hari raya diucapkan

Nanti balik kampung jangan lupa teruskan perniagaan kita. saya sertakan beberapa tips untuk mencarik client baru semasa hari raya ni

1. pastikan anda membawa balik segala borang yang diperlukan. jangan nanti sebuk talipon
leader suruh hanto borang. Leader sebuk masa tu. Tapi boleh hubungi saya terus. Sedikit
denda dikenakan.

2. Masa bulan syawal adalah peluang untuk kita bertandang kesemua rumah dikampung kita tu
so apalagi. raya 10 rumah sehari tak kan tak dapat 10 prospek dan closed 3 kes .....tapi jaga
jaga jangan balik sini kena kencing manis atau darah tinggi.

3. Kita boleh jumpa prospek dimana-mana sahaja. semasa sedang berehat dihentian rehat
mungkin boleh bukak kaunter sekejab.

4. Jangan lupa semayang terawikh. Sambil tu carik prospek dalam surau tu.

5. Perkara yang palaing penting jangan malu untk menceritakan anda seorang wakil takaful.
asal jumpa orang terus perkenal diri anda sebagai wakil takful. Insyalaah mungkin ada yang
berminat.

6. ada banyak lagi sebenarnya........datang laaa ke kelas.

Monday, September 22, 2008

Kenapa perlu menjadi agent yang bijak ?

salam pengenalan....

Kenapa kita perlu menjadi wakil yang bijak ?

Kita lihat rata-rata ramai dikalangan kita yang mampu menjadi wakil yang baik. Tetapi setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh kita masih gagal untuk mencapai matlamat dan cita-cita yang di impikan.
Perkara ini berlaku adalah kerana kita tidak bijak berfikir dalam menjalankan pekerjaan kita sebagai wakil.
Untuk itu perkara berikut harus dimiliki oleh seorang wakil agar mereka dapat merancang segala usaha mereka agar tidak menjadi usaha yang sia sia sahaja.
Berikut adalah cara-cara yang boleh membantu kita untuk berfikir dengan bijak.

1. Buat perancangan terlebih dahulu.
2. Pastikan pengetahuan anda mengenai produk yang hendak di terangkan kepada prospek anda
3. Fikir 2 pelan kecemasan sebelum berjumpa pospek sekiranya prospek
anda menolak cadangan pertama anda. Ini penting agar anda tidak akan
berasa kecewa disebabkan penolakkan tersebut.
4. Ada banyak idea lagik.....untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh
hubungi saya..............................