Wednesday, December 31, 2008

Kelas selfskill untuk January 2009

Tajuk : Bagaimana untuk mencari Prospek Yang Baik

Tarikh : Sabtu 3 Januari 2009
masa :10pagi hingga 12 tengahari
Tempat: Heaven for Smart agent group
Subang permai business centre
Bayaran : RM10


Tajuk : Bagaimana Menangani Bantahan Dengan Jawapan Yang terkini

Tarikh : 7hb Januari 2009 Rabu
Masa : 830 hingga 10 30 Malam
Tempat: Heaven for Smart Agent Group
Subang Permai Business Centre
Bayaran : RM10

terhad kepada 10 peserta sahaja
untuk maklumat lanjut hubungi 019 9191901

Tuesday, December 30, 2008

Menangani Bantahan.

Salam kepada sahabat-sahabat yang hebat

Topik kali ini agak mencabar. Menangani bantahan. Setiap kali kita berjumpa dengan prospek kita pasti ada soalan yang perlu kita jawab untuk memuaskan hati prospek anda.
Dengan erti kata lain selagi kita gagal untuk memberikan pemahaman yang yang lengkap maka selagi itu akan wujud soalan-soalan bantahan dari prospek kita.

Sahabat.
Anda perlu mengetahui tentang syarikat dan produk anda secara lengkap. Kerana jika anda gagal untuk menjawab soalan bantahan tentang syarikat dan produk maka secara tidak langsung ia akan membuatkan prospek kita hilang kepercayaan terhadap kita

Mungkin leader kita mengajar teknik menangani bantahan kepada sahabat tetapi mungkin teknik tersebut adalah sesuai digunakan untuk masa ketika leader itu masih menjadi agent. dan ketika itu produk yang ada mungkin sekadar asas sahaja. Tetapi kita kita ada pelbagai produk baru yang lebih rumit dan ini akan menyebabkan kita terpaksa berusaha dengan lebih gigih mendalami produk yang sedia ada.

Oleh itu sahabat kena fikirkan kaedah dan jawapan yang terbaik untuk menjawab semua soalan yang di ajukan kepada sahabat.

selamat berjuang.

Selamat Tahun Baru 1430

Selamat tahun baru hijrah 1430 diucapkan kepada semua sahabat yang gagah perkasa diluar sana. teruskan usaha dan perjuangan anda.
semoga kejayaan bakal dikecapi

Sunday, December 28, 2008

Selfskill Class

Salam.

Untuk kelas malam esok

Topik: Menangani Bantahan. Keadah terkini untuk situasi terkini

Masa : 830 mlm

Tempat : Subang Permai ( call untuk maklumat lanjut )

Bayaran : Percuma untuk agent Dibawah Mahmudin Agensi
RM 5.00 untuk agent dari agensi lain. ( Bayar jika anda berpuas hati )

Tuesday, December 16, 2008

TIps lagi

Di dalam persekitaran yang penuh cabaran ini, pasti semua individu menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan, iaitu masalah Keyakinan Diri. Bagaimana kita mengekalkan atau meningkatkan keyakinan diri kita?
Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diambil sebagai panduan untuk meningkatkan keyakinan diri anda :

Kita sebagai seorang individu yang normal atau kurang upaya, mempunyai kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Oleh itu, anda yang dapat mengenali diri anda dengan baik pasti anda mengetahui kelebihan dan kekurangan diri anda itu. Dengan itu, anda diminta untuk mengasah kelebihan anda dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Dengan cara ini seseorang itu betul-betul menghargai usaha sendiri dan puas dengan apa yang dikecapi hasil daripada usaha yang dilakukan.

Kedua, ambil risiko. Anggap kegagalan merupakan satu proses pembelajaran dan pengalaman. Jika anda gagal tidak bermakna anda tidak berkebolehan. Mungkin kegagalan itu berpunca daripada keterbatasan kebolehan atau kemahiran diri. Jangan risau bahawa kemahiran hidup boleh dibentuk dan anda pasti akan mampu untuk berjaya sekiranya anda memperbaiki segala kelemahan yang ada daripada pengalaman kegagalan yang lalu. Ingat!!! Anda mungkin tidak semestinya akan berjaya setelah mencuba untuk kali kedua.. anda mungkin kena melalui percubaan demi percubaan tidak kira berapa kali, 3...4...10.. .100 dan ........Jika tidak berjaya juga jangan bimbang, mungkin anda memang tidak berkebolehan untuk melakukannya. .. ingat bukan itu sahaja yang anda boleh lakukan... banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan.

Ketiga, sentiasa berfikiran positif. Jika anda dihantui oleh fikiran negatif, ingatkan diri anda bahawa anda mempunyai kelebihan yang lain yang boleh dimanfaatkan. Sebagai contoh, katakan kawan anda amat pandai dalam pengiraan (subjek matematik) dan anda pula mudah untuk mengingat (subjek sejarah). Anda dan kawan anda boleh belajar bersama secara berkumpulan dan saling tolong-menolong untuk mencapai kecemerlangan akademik. Ingat sentiasa berfikiran positif bahawa anda melakukannya untuk faedah anda dan kawan anda iaitu untuk berjaya.

Ingat apa yang anda lakukan, lakukan untuk diri anda. Abaikan apa yang diperkatakan oleh orang lain tentang diri anda, apa yang penting adalah anda menyayangi diri anda dan anda lakukan hanya untuk kesejahteraan diri anda.

Nobody Perfect!

Monday, December 15, 2008

Masa Itu kehidupan

MASA ITU KEHIDUPAN

Umur insan akan terus meningkat seiring dengan detik masa yang berlalu, sehinggalah suatu ketika nanti apabila masa itu terhenti, insan akan dijemput kematian, maka tiada lagi masa dan kehidupan baginya di atas muka bumi ini.

Pernahkah kita fikirkan tentang masa yang telah berlalu, tahukah kita masa yang telah berlalu itu adalah kehidupan kita yang tidak akan berulang lagi?!

Apakah yang telah kita lakukan pada masa yang lalu. Apakah yang telah kita isikan pada kehidupan yang tidak mungkin kembali lagi itu?

Andai masa dan kehidupan yang telah berlalu dipenuhi dan diisikan dengan ketaatan kepada Allah Ta’ala, maka itulah kejayaan dan keberuntungan yang akan berterusan.
Namun jika masa dan kehidupan itu dipenuhi dan diisi dengan kemungkaran, maksiat dan perkara sia-sia, itulah hakikat sebenarnya kerugian yang berpanjangan. FIrman Allah:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian”. (Al-Asr:1-2)

Allah bersumpah atas masa (yang merupakan makhluk ciptaan-Nya), bahawa manusia ini akan kerugian. Apabila masa itu dikaitkan dengan manusia maka ia merujuk kepada kehidupan manusia. Maka firman Allah ini merujuk kepada kehidupan manusia yang sentiasa di dalam kerugian kerana ia tidak mengisi masanya dengan amalan dan perbuatan yang bermanfaat bagi kehidupannya.

Manusia itu tetap akan berada di dalam kehidupan yang penuh dengan kerugian kecuali.....;
“kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”
(Al-‘Asr:3-4)

Ada insan, bahkan ramai dari mereka yang tidak pernah merasakan kerugian, walau masanya dipenuhi dengan kemungkaran, maksiat dan perkara-perkara yang sia-sia. Malah ia merasakan hidupnya pernah bermakna kerana dipenuhi dengan keseronokkan, kemewahan dan kebebasan. Ia tetap bergembira walau sedang meninggalkan kewajipannya sebagai hamba Allah Ta’ala, ia terus berbangga walau mendedahkan auratnya, ia terus bersuka-ria walau sedang melakukan perbuatan keji dan hina. Insan ini sebenar telah mati walaupun masih bernyawa, yang mati bukan jasadnya tapi hatinya, sehingga ia tidak mampu membezakan antara kehidupan yang membawa keuntungan dan yang sebenarnya dalam kerugian.

Seluruh pancainderanya serta akalnya telah diperdaya oleh Iblis, syaitan dan nafsu serakahnya, sehinggakan ia menjadi buta walaupun masih celik, kerana yang buta bukan matanya tetapi hatinya.

“... Oleh itu, Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.” (Al-Hajj: 46)

Kesimpulannnya, suburkan hati dengan keimanan agar seluruh anggota tubuh dan panca indera yang masih mempunyai nyawa ini akan mengisi masanya dengan amalan soleh, berpesan kepada kesabaran dan berpesan kepada kebenaran, dengan itu ia akan mendapat kehidupan yang dipenuhi keberuntungan di dunia dan akhirat.

artikel dari email rakan rakan

Sunday, December 14, 2008

Bang Produk saya bagus tapi.....

Salam kepada semua wakil yang hebat.

tinggal 15 hari lagi untuk kita menyambut 2009. Tapi dimanakah kedudukan anda ketika ini ?

Baru-baru ini saya ke Karnival Selangor Ria yang diadakan di Stadium Shah Alam. Ada sahabat yang membuka kaunter di sana. Saya pun menegur salah seorang wakil di sana. kesian sebab buka kaunter tapi duduk dikerusi macam kaunter bank pulaks. Saya suka melihat cara persembahan produk dari wakil yang lain. dengan cara ini kita akan mempelajari skil yang mungkin dapat membantu meningkatkan skil peribadi kita

Bila sampai ke peringkat keuntungan mudharabah dalam flyers menunjukkan antara 7 - 9 %. Soalan saya kepada wakil tersebut. Tahun lepas berapa kadar keuntungan yang diperolehi ? Makan jawapannya adalah lebih rendah dari yang ditunjukkan. Alamak....saya terus terpotong stim. Dalam hati saya kenapa tunjuk sesuatu yang agak mustahil. apa masalahnya jika kita menunjukkan perkara yang sebenar jika syarikat hanya membayar antara 5 hingga 7 %.

Ini adalah kesilapan yang seringkali dilakukan oleh wakil diman cuba untuk meyakinkan prospek dengan meletakkan peratusan yang tinggi sedangkan pada hakikatnya tidak.

Perlu diingatkan bahawa pelan takaful ataupun insuran bukanlah satu instrument simpanan yang baik. Kerana konsep asalnya adalah untuk perlindungan sahaja. Oleh itu jika sahabat ingin memainkan isu simpanan sebagai daya penarik terhadap prospek anda pastikan data yang digunakan betul agar anda tidak direbus oleh prospek anda dan akhirny malu sendiri.

Oleh itu pastikan Fakta yang digunakan benar.

selamat berjuang sahabatku

Thursday, December 11, 2008

Cabaran minda..... 24 jam tak cukup ker ?

Salam kepada semua wakil yang hebat.

Kita seringkali berkata kepada kita sendiri bahawa kita seringkali tidak cukup masa yang telah dianugerahkan oleh Allah. 24 jam tak cukup ker ?

apakah kita pasti tidak cukup masa itu ? oleh itu kita mesti merancang aktiviti seharian. Buat perancangan mengikut Jam. Oleh itu kita pasti kita akan merasakan banyak pembaziran masa berlaku kepada kita.

oleh itu fikirkan. adakah 24 jam itu tidak mencukupi atau kita gagal untuk merancang mengawal masa kita.

Monday, December 1, 2008

Sifat Sabar Yang Tinggi Perlu ada Pada Setiap wakil takaful

Salam.

Baru-baru ini saya berbincang dengan sahabat saya. perbincangan berkaitan dengan prospek yang tidak menepati janji. Pada saya itu perkara yang paling menyakitkan hati. Dah laa kita penat-penat datang dan tunggu tiba-tiba prospek tak muncul. call tak angkat dan sms tak reply.

Pada peringkat awal sebagi agent dulu saya amat marah sekali. Tetapi saya berjaya mengawal kemarahan saya itu dengan membuat lebih banyak temujanji dalam sehari. bermakna jika satu temujanji kita gagal kita mungkin ada lagik 5 temujanji. Dengan cara ini akan meredakan lagi kemarahan kita kpada prospek yang tidak muncul tu
itu sahaja coretan saya untuk hari ini.