Monday, November 16, 2009

Kata-kata dari ibbnu Kayyum

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah s.w.t.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah s.w.t.

Di dalam hati manusia juga ada kesedihan, kegelisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya.

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya serta qada dan qadar-Nya serta sentiasa sabar menemui-Nya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya.

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat si hamba itu.

Mrngapa perlu mengawal emosi

Emosi adalah istilah yang digunakan untuk keadaan mental dan fisiologis yang berhubungan dengan beragam perasaan, pikiran, dan perilaku. Emosi adalah pengalaman yang bersifat subjektif, atau dialami berdasarkan sudut pandang individu. Emosi berhubungan dengan konsep psikologi lain seperti suasana hati, temperamen, kepribadian, dan disposisi.

Kata "emosi" diturunkan dari kata bahasa Perancis, émotion, dari émouvoir, 'kegembiraan' dari bahasa Latin emovere, dari e- (varian eks-) 'luar' dan movere 'bergerak'. "Motivasi" juga diturunkan dari movere.

Emosi... berkait rapat dgn perasaan. Suka, duka, marah, kecewa dan lain2 lagi. Emosi mungkin terjadi bergantung pada suasana persekitaran, diri sendiri terutama hati.

Memang betul, semua emosi ini kita yang menciptanya. Kita yang pilih untuk menjadi gembira atau sebaliknya.

Kegagalan mengawal emosi juga sebenarnya dipengaruhi oleh komunikasi kita pada diri kita dan respon minda kita terhadap semua apa yang berlaku di sekeliling kita.

Wednesday, November 4, 2009

12 Cara tinggkatkan harga diri

12 cara tingkat harga diri
Setiap insan mempunyai harga diri atau maruah yang begitu di jaga supaya tidak dicemari oleh mana-man pihak tidak bertangungjawab .Apabila harga diri tercemar kesan yang ditinggalkanbegitu menyakitikan.Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri dicemari diri sendiri .
Anda bertangungjawab membentuk harga diri yang positif sekiranyan jelas dengan matlamat anda .Berikut adalah 12 cara yang boleh dijadikan panduan dalam membentuk membentuk mempertingkatkan harga diri .

1.Bina keyakinan diri .

Keyakinan diri bermula dari dalam diri seterusnya terbina di situ .Jadi setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat ,bayangkan diri anda sudah pun berada pada situasi seperti yang diharapkan.Yang pasti ,ia berbentuk positif dan anda berjaya .Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha menlaksanakannya,bukan sekadar berangan-angan kosong saja .

2.Dampangi orang lain

Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain .Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang .Seterusnya berilah kerjasama semampunya yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia .

3.Elakkan diri daripada kesempurnaan

Kesempurnaan boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu matlamat.Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri .Jadi ,potensi diri seharusnya terlebih dulu dikenali pasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik dan semampu mungkin ,bukannya untuk mendapat kesempurnaan.Sekiranya kesempurnaan teleh dititikberatkan ,anda mungkin kecewa apabila gagal mencapai matlamat anda .

4.Jaga perawakan diri

Perawakan diri menjadi satu factor kritikal dalam pembinana harga diri .Anda tidask perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetrapi sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya perasaan anda tidak terus menekan diri .

5.Dapatkan kerehatan

Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri.Anda boleh bersenam,bermeditasi,mendengar muzik ,bersiar-siar dan sebagainya supaya fikiran dan perassan mendapat ketenangan

6.Hormati diri

Senaraikan 50 ciri-ciri diri anda yang positif .Jika anda tidak dapat menyenaraikan semuanya ,fikirkan seseorang yang begitu meminati dan menghormati anda serta tuliskan beberapa cirri diri positif yang pernah di perkatakan oleh mereka mengenai anda .Anda pasti berasa gembira dan lebih menerima serta menghormati diri anda sendiri .7. Utamakan diriLakukan sesuatu yang boleh menggembirakan diri anda,untuk anda,setiap hari.

8.Cabar potensi diri

Anda perlu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan tetapi mencabar.Inilah caranya untuk mengujipotensi diri kerana cabaran itu ,anda akan lebih yakin dengan tindakan dan akhirnya mempertingkatkan lagi kejayaan diri supaya harga diri juga terbina kukuh .

9.Cari keistimewaan diri

Apabila anda tertekan atau menghadapi masalah ,kadangkala anda secara spontan mendapat ilham untuk mengendaklikan .Inilah keistimewaan yang ada dalam diri anda dan seharusnya diperkukuhkan supaya diri anda lebih mantap

10.Jadilah seorang yang optismis

Bersikap pesimis bukanlah suatu kesalahan kerana ia bolehberlakupada bila-bila masa disebabkan pengalaman lalu.Namun sikap ini boleh mendatangkan keburukan sekiranya terlalu dipegang atau dipercayai kerana tidak ada sesuatu keadaan yang tidak boleh berubah kecuali apa yang telah ditentukan ?Nya .

11.Hindari sikap prasangka

Apabila rakan anda bertindak kasar ,anda akan lebih mengenalinya tetapi ini tidak bererti dia seorang yang kasar Cuma kekasaran ini mempunyai sebab-sebab tertentu .Cuba dekati dan fahami perasaannya .

12 Bertindak sejajar dengan nilai

Kadangkala konflik nilai boleh berlaku .Terokai nilai diri anda berdasarkan beberapa insiden yang dialami supaya anda lebih prihatin dengan nilai itu dan ia sejajar dengan tindakan anda .Anda boleh mencapai matlamat yang diidamkan dengan mengamalkan cara-cara yang telah diberikan supaya menjadi manusia berjaya

Friday, August 21, 2009

Kesilapan yang biasanya dilakukan di bulan ramadhan

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18) Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa . Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram , samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain. Nabi Muhammad menceritakan :- Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih) Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :- Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih) Petikan artikel oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
http://www.alfurqanonline.net e-mail: ruz885@alfurqanonline.net
Ruz885
AJK Kawasan

Posts: 549
Joined: Sun Nov 23, 2008 4:30 pm
Website

Tuesday, July 14, 2009

Khasiat kismis dan kurma dan Madu

Khasiat Kurma, Kismis & Madu Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Tuesday, June 16, 2009

Rahsia Jutawan

Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa.
Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang.
Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan.

Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyakyang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.
Di sini saya membongkar 12 prinsip jutawan yang boleh anda ikut:

1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu merekaakan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh.

Wednesday, June 10, 2009

10 TIPS KEWANGAN YANG BAIK

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatanPeraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan. Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang. Tidak kira berapa gaji anda, janga sesekali berbelanja melebihi pendapatan. Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet) Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul. Anda perlu bajet walaupun pendapatan anda adalah beberapa ribu atau beratus ribu setahun.

3. Lunaskan hutang kad kredit secepat mungkinBerterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang yang … BESAR! Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Datuk Dr Hilmi Yahaya – Tahun 2004 - 1,397 pemegang kad kredit di isytihar muflis, 1,152 dalam 2003 dan 1,117 dalam 2002. Angka setiap tahun kian meningkat. Terdapat 150,000 bankrap setakat Februari 2005

.4. Mencarum dalam pelan persaraan Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja. Buka akaun dengan KWSP hari ini jika anda masih berbuat demikian.

5. MenabungPastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 5 peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun berbeza.

6. MelaburPastikan anda membuat pelaburan – jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim pesaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan dan saham amanah

.7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerjaTambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja seperti KWSP. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.

8. Semak liputan insuransRamai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.

9. Kemas kini wasiatLindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 90 peratus warga Malaysia tidak mempunyai wasiat. Masalah besar ialah tahap pemikiran yang beranggapan jika tulis wasiat hari ini, esok akan mati. Sebab itu masih ramai yang tidak membuat wasiat.

10. Simpan rekod kewangan dengan baik Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu. Contoh yang baik adalah resit untuk pembelian buku-buku dimana pemotongan cukai dibenarkan.

DARI EMAIL RAKAN -RAKAN

Wednesday, May 20, 2009

Persistensi dalam kerjaya seorang wakil

Untuk dikongsi bersama.
Sumber: tidak diketahui...


Persistensi (persistency) adalah suatu sikap tidak mudah mengalah terhadap sebarang halangan, dugaan, cabaran dan masalah dalam merealisasikan sesuatu matlamat. Kejayaan sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Kalau ia sesuatu yang mudah maka pastilah tiada manusia gagal. Sedangkan kajian menunjukkan 95% daripada manusia, selepas usia 55 tahun hanya hidup bergantung kepada duit pencen. Itu bagi yang bekerja kerajaan. Jauh sekali mereka ketika itu mencapai tahap yang boleh dikatakan "financially independent". Begitu juga dengan pelajar, kajian menunjukkan setiap tahun hanya 13% - 14% pelajar yang mampu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Bagi yang kini berada di institusi pengajian tinggi pula, 80% daripada mereka menamatkan pengajian setakat ijazah kelas kedua atau ketiga.

Fenomena di atas jelas menunjukkan ramai manusia gagal mencapai yang terbaik kerana cepat berpuashati dengan pencapaian mereka. Ada sesetengahnya cuba melakukan lebih jauh tetapi akhirnya merasa kecewa hanya setelah beberapa kali sahaja mencuba. Saya teringat baris kata-kata yang pernah saya terbaca dahulu, "When the going gets tough, the tough get going", dan satu lagi, "Quitters never win and winners never quit". Kata-kata ini telah sekian lama saya sematkan dalam hati saya dan dijadikan azimat bagi meraih kekuatan setiap kali berhadapan dengan cabaran atau ketika berada diambang kegagalan. Dengan sikap persistensi yang tinggi sesiapa sahaja boleh berjaya. Hanya faktor masa sahaja menjadi penentu kejayaan itu.

Cuba kita lihat bagaimana persistennya Nabi Muhammad s.a.w dalam mengembangkan agama Allah dizaman jahiliyah dahulu hingga terbentuknya sebuah negara Islam yang digeruni lawan dan dihormati. Tidak seperti rasul-rasul sebelumnya, Nabi Muhammad s.a.w mengembangkan Islam tanpa bergantung kepada mukjizat yang mencarik adat selain daripada Al-Quran. Baginda memulakan syiarnya ketika berusia 40 tahun setelah menerima wahyu pertama. Hanya kerana mahu membawa masyarakatnya beriman kepada Allah, baginda telah diejek, dicemuh, dilontar dengan batu. Pengikut-pengikutnya diseksa. Keluarga mereka didera dan dihina. Semuanya ini sedikitpun tidak menjejaskan kemahuan baginda untuk melihat Islam tegak dibumi Allah ini. 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah adalah satu masa yang bukan pendek. Sikap persistensi sebeginilah yang perlu ada sekiranya seseorang itu mahukan kejayaan. Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya membuktikan bahawa kebolehan seorang manusia cukup luar biasa dan mampu menggoncang dunia selagi tidak lari dari matlamat perjuangan, rela berkorban dan sanggup melakukan apa sahaja untuk berjaya. Kenapa mesti berjuang 23 tahun sedangkan Allah boleh sahaja memberikan kemenangan mudah kepada rasulnya? Sebabnya untuk manusia selepas itu menjadikan kehidupan dan perjuangan itu suatu tauladan. Salah satu darinya ialah sikap gigih dan tidak putus asa dari mengharap kemenangan dari Allah.

Seorang jurujual berjaya cukup faham dengan teori persistensi ini. Fikiran mereka telah diprogramkan bahawa untuk melakukan satu jualan yang berjaya mereka perlu menemui 10 orang pelanggan berpotensi. Dengan fahaman matematik yang cukup mudah ini mereka berusaha tanpa kenal erti jemu. Setelah satu kegagalan mereka merasa lebih gembira kerana mereka cuma tinggal 9 orang lagi sebelum mendapat kejayaan. Mereka terus berusaha dan kejayaan jualan pertama itu mungkin terletak pada cubaan yang ke-5, ke-7 atau ke-10. Meski pun mereka gagal membuat jualan dalam 10 cubaaan pertama, mereka tetap tidak putus asa. Sebab kemungkinan pula dalam cubaan ke-11 atau ke-12 kejayaan mula menjelma.

Sejarah memang membuktikan bahawa hampir semua nama-nama besar dan terkenal adalah mereka yang mencipta sejarah setelah mencuba ribuan kali. Edison mencipta lampu setelah berusaha lebih 10,000 kali. Kolonel Sanders cipta kejayaan dengan resepi ayam gorengnya setelah mencuba 1009 kali. Nelson Mandela menjadi presiden Afrika Selatan setelah dipenjarakan hampir sesuku abad. Goodyear mencuba hampir 10 tahun sebelum menemui kaedah untuk mengkomersilkan getah. Boon Siew, walau pun tidak tahu membaca dan menulis mampu menjadi jutawan dan memberikan peluang pekerjaan kepada ribuan pekerja hanya kerana persistensinya.

Kalau telah jelas, dari kisah-kisah di atas, bahawa persistensi adalah senjata utama menuju kemenangan maka kenapa pula anda perlu cepat putus asa? Dalam kehidupan ini kegagalan adalah pengalaman bagi mereka yang persisten tetapi sebaliknya adalah kematian bagi mereka yang putus asa. Kalau anda seorang pelajar, kini soal lah diri anda sendiri, adakah anda telah mencuba ribuan kali untuk menyelesaikan satu soalan matematik atau sains yang mencabar? Ratusan kali? Puluhan kali? Jawapannya pastinya tidakk... anda cuma mencuba beberapa kali dan akhirnya putus asa. Kalau inilah cara anda bagaimana mampu anda letakkan nama anda sebaris dengan mereka yang telah berjaya? Bagaimana pula jika anda seorang dewasa? Pekerja ? Ibu/Bapa ? sudah pasti cabaran yang dihadapan anda amat mengerunkan bukan? Air yang menitik secara berterusan itu mampu menghakis batu. Parang yang diasah secara berterusan itu akan tajam. Begitulah juga dengan diri manusia. Oleh itu jangan putus asa dalam usaha. Anda tidak boleh gagal walau atas alasan apa sekalipun. Jadikan setiap kegagalan itu satu pengajaran untuk memperbaiki diri, untuk mengubah perancangan, untuk lebih fleksibel dan lambat laun kejayaan itu milik anda kerana kuasa persistensi yang ada dalam diri.

Sekian.

Monday, May 18, 2009

KELAS BAGAIMANA UNTUK MENCARI PROSPEK YANG BAIK

Salam.

Kelas minggu ini :

Tajuk : Bagaimana mencari prospek yang baik.
Tempat : Etiqa Takaful Cawangan Subang Jaya.
Hari : Sabtu
Masa : 10 pagi.
Bayaran : RM10

Terhad Kepada 5o tempat sahaja.

hubungi 019 9191901 untuk maklumat lanjut

Sunday, May 3, 2009

10 cara membina motivasi diri

10 Cara Membina Motivasi Diri


Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda
Cuba lakukan sedikit perubahanKalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3.Senyum
Senyum boleh mengubah segala-galanya. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif

Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi

Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

Teknik Kajiselidik.

Teknik kaji selidik.

Baru-baru ini saya telah melakukan teknik kaji selidik di pesta buku di pwtc. dan hasilnya saya dapat lebih 60 prospek yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang produk takaful
Saya rasa teknik ini amat baik dan senang dilakukan. cuma perlu buat soalan kaji selidik yang mudah yang penting no talipon perlu dapat.
so kalau nak bersama saya menjalankan teknik ni jumpa di MIHAS jalan duta pada 10hb mei ini jam 10 pagi.
bawak soalan anda sendiri.
all the best.

Monday, April 6, 2009

Surah Al - Kautsar

Surah Al-Kautsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1 ) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w..t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t.. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.wt. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. Perkara yg baik kita amalkan slalu.

Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih. Wassallam,

Wednesday, March 18, 2009

Teknik untuk membuat prospekting di kaunter

Salam kepada wakil yang hebat.

Berikut adalah antara beberapa teknik untuk kita membuat prospekting di kaunter

1. JANGAN duduk di kaunter. Ingat kaunter kita bukan kaunter bank.

2. Setkan target prospek anda. Contoh akan tegur pasangan yang mendukung anak.

3. Berdiri kira-kira 10 meter dari meja kaunter anda. Tegur prospek dan jalan seiring dengan prospek ke arah meja kaunter anda. Ajak prospek duduk jika berminat

4.Gunakan Flip chart yang ringkas dan padat.

5. Cipta skrip perbualan yang padat dan ringkas untuk memudahkan pemahaman anda.

6.Elakkan hanya membahagi Flyers secara percuma. Ingat semua itu adalah kos

7. Jangan Makan atau minum.

8. Kurangkan Besembang di kalangan agent

9. Setkan Berapa target anda. Jangan Berhenti selagi target anda tidak mencukupi

10. Doa sentiasa.


Ada banyak lagik tips yang berkesan. Mungkin boleh dibincangkan dalam kelas saya seterusnya

Tuesday, February 24, 2009

How to reconize a negative atitude

How you feel and how you react is in direct relation to how you think. Some people let random circumstances predict their day.

For example, they go to make coffee and find there is none left. They start the day by astically thinking "Oh great, this going to be a good day". Then, for the remainder of the day, they allow minor inconveniences, unexplained challenges, or other less than ideal eventsto reinforce their original negative thought.You can recognize their negative attitude just by listening to how they talk.
If you allow your mind to dwell on unhappy situations, you can expect your day to unfold in the same manner.Look forward to your day and don't let negative thoughts control it. Change how you interpret or react to life's events, and you actually change your attitude from a negative one to a positive one.
If you run out of coffee, change your thought to:"if this is the worst thing that could happen to me today the rest of my day will be great." If you continually think negative thoughts then you are setting yourself up to allow only negative events to be your companion for the rest of the day. When something good does occur, you won't even recognize it.

artikal dari email kawan-kawan

Thursday, February 19, 2009

Pedoman hidup

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), Ustaz Zawawiciter tentang sunnah Rasulullah s.a.w.Antaranya tentang bab memberi salam.Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum"dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam ygpenuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"Beri salam - assalamualaikum"Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hiwabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kitaberkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye"contoh lerr ..Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalahberdosa, walaupun sekadar gurauan!Semoga ada manfaat.
Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"Maksud singkatan " A'kum"Assalamu'alaikumUntuk renungan bersama :Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melaluitulisan.Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklahkita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama maknadengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot'yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum",kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dariperkataan Assalamualaikum.Semoga ada manfaatnya.JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITAKEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYAILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKADIAMALKAN.kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....


dari email rakan-rakan

Monday, February 16, 2009

Kelas Selfskill minggu ini

salam.

kelas selfskill minggu ini

topik : presentation, negotation dan closing technique

masa : 10:00 pagi sabtu 21 februari 2009

tempat : Heaven For Agent Subang Permai.

Bayaran RM10.

Personal Coaching Program

Salam Kepada semua agent yang hebat.

Saya sudah menyiapkan satu program Agent monitoring and personal coaching kepada mereka yang berminat untuk menjalankan tugas sebagai wakil takaful dengan lebih terancang dan mencapai segala matlamat yang diidamkan.

Program ini secara asasnya adalah.

1. Memberi idea kepada wakil tentang kekuatan diri wakil dari segi memilih skill jualan yang bersesuaian dengan dirinya

2.Mengawal dan menasihatkan wakil tentang status kemajuan jualan wakil

3. Memberi idea dan nasihat secara peribadi kepada wakil

4.Perbincangan secara berkumpulan yang kecil untuk menambahkan pengalaman dan meningkatkan pengetahuan dan skill wakil/

untuk kumpulan pertama hanya 10 orang sahaja yang berminat diperlukan.

Bayaran RM70 seorang. untuk sebulan termasuk

1. Meeting kumpulan sekali dalam sebulan. ( di Smart Agent Group )

2.Nasihat dan idea ( unlimited )

3. Perjumpaan secara peribadi untuk melihat kemajuan diri ( 1 kali sebulan )

4. Kelas Percuma ( 1 kali sebulan ) di Smart Agent Group.

5. Sms Motivasi atau maklumat terkini.

6.Nota percuma


Program ini mengambil masa 3 bulan.

Jika berminat boleh menghubungi saya.

Friday, February 13, 2009

Bangga dengan produk kita

salam agent yang hebat


Baru-baru ini ada sahabat wakil bertemu saya menceritakan tentang kesukaran untuk menjual produk kita kerana prospeknya kerap membandingkan produk dengan syarikat yang lain. Benar....jika kita mebandingkan produk kita dengan syarikat lain maka amat sukar kita hendak menjual produk kita. ini adalah kerana kita tidak mahir dengan prosuk orang lain maka kita tak tahu tentang kelemahan produk tersebut. sebab kita hanya mahir produk kita
oleh itu jangan biasakan membandingkan produk kita dan produk orang lain. sebab secara tidak lansung akan menyusahkan kita.
Berbanggalah dengan apa yang kita ada.

Sunday, February 1, 2009

Cabar diri untuk berjaya

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.
Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.
Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju.
Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi
Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain
Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita. Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati
Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, "Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ". Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.


4. Soal Diri Dengan Soalan Positif
Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:Kenapalah aku gagal?Mengapa nasib aku sentiasa malang?Kenapalah orang semua tak suka aku?Apalah nak jadi dengan aku ni?Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.Apa yang belum aku lakukan lagi?Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?Siapa yang boleh bantu aku?Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.


5. Tingkatkan 'Standard' Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan 'standard' kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak 'standard'lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak 'standard' lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak 'standard' lah selama-lamanya dapat markah 'C', 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat 'A' pula. Tidak 'standard' lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak 'standard' lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula. Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut 'standard' baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam 'standard' yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung 'standard' tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Saturday, January 24, 2009

Kelebihan otak manusia

Cuba baca artikel di bawah. hanya 55 dari 100 orang sahaja yang membpunyai kelebihan membaca artikel ini

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae.
The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs eamil yuor coemmt to zsyahrin@yahoo.com

Friday, January 23, 2009

Bagaimana ingin membuat follow up yang baik

Salam
Berjumpa kita lagi di alam cyber ini

Terdapat beberapa cara untuk kita membuat follow up yang baik

1. Respon pada kehendak prospek kita

Contoh jika dia memerlukan penerangan atau ilustrasi yang tepat kita perlu respon dan memberi komitmen secara cepat lagi pantas

2. Hubungi selepas 2 hari

Jika prospek meminta kita untuk menghubungi kembali bagi mereka tempoh antara 2 hingga 3 hari untuk bertanyakan keputusan. Boleh menghantar sms sebagai peringatan

3.Email prospek kita

Hantar maklumat bekenaan dengan produk yang ditawarkan kepada prospek melalui email. atau mungkin artikel yang dapat membantu.

4. Jangan asyik menghubungi prospek

Ini akan menyebakan prospek akan merasakan ada unsur paksaan

5. Hanya 5 percubaan sahaja

Jika kita sudah menghubungi prospek sehingga 5 kali tidak perlu hubungi lagi. Ini mungkn menhunjukkan yang dia tidak berminat. tetapi jangan buang prospek ini. hubungi lagi di laian masa. Mungkin beberapa bulan akan datang.


itu sahaja yang dapat di nyakan. Mungkin saya akan cuba mencari bahan-bahan lain di masa kan datang.

Tuesday, January 20, 2009

Sebab Hati Tidak Bahagia

9 sebab hati tidak bahagia-

a) Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


e) Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


f) Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah).

Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam bissawab.

artikel dari email kawan-kawan

Cara untuk menetapkan matlamat anda

1. Cari secara jujur apa yang menjadi keinginan dalam hidup anda beberapa tahun ke depan, jangan malu untuk mengakuinya jika itu memangkeinginan anda, kerana tidak ada yang salah dalam hal ini. Tidak peduli seberapa hebat, terkenal dan tidak hebat, tidak terkenal tujuananda, yang penting itu merupakan tujuan dan keinginan dari dalam hati anda.

2. Jika anda sudah mempunyai keinginan maka kumpulkan informasi dan faktor-faktor apa saja yang bisa membuat anda sampai pada tujuan tersebut.

3. Lakukan cara-cara /pekerjaan yang jika dilakukan terus menerus akan membawa anda kepada keinginan hidup yang anda impikan.

4. Jika memang benar cara yang anda lakukan saat ini akan mendekatkan anda kepada tujuan, maka perbaiki cara kerja anda, tingkatkankemampuan anda dan jangan lupa tambah kecepatan kerja anda agar menghasilkan yang lebih baik dan lebih cepat dari sebelumnya.

5. Jika hal ini anda lakukan terus menerus tanpa lelah dan bosan , maka tujuan hidup anda sudah terlihat, tinggal anda menambah kecepatannya agar cepat sampai di sana. *Selamat berusaha mempertingkatkan kualiti diri (amanah Allah atas setiap ciptaanNYA)*


artikel dari email kawan-kawan

Monday, January 19, 2009

Prospek di sekelilingkita

Salam

Masalah mencari prospek merupakan masalah yang seringkali di perbincangkan di kalanngan para wakil. Mereka cuba untuk mencari prospek yang terbaik.
Sedar tak kita bahawa kita sebenarnya di kelilingi oleh prospek. cuma antara kita hendak menegur atau tidak untuk memperkenalkan diri kita sebagai wakil takaful ?
Oleh itu setiap wakil kena memiliki semangat yang kuat. buang segala ketakutan untuk menegur orang.

fikirkan ?

Wednesday, January 7, 2009

TIPS untuk menjawab soalan ketika pembetangan

Apabila membuat sesuatu pembentangan ucapan, masalah anda yang paling besar mungkin dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh para hadirin selepas itu.

Ini kerana untuk ucapan anda,anda boleh menyediakan teks ucapan yang terperinci beserta dengan slaid-slaid yang menarik untuk hadirin. Anda boleh mengawal pembentangan anda itu.

Bagaimanapun anda mungkin akan menghadapi masalah bila anda mula memberi peluang kepada hadirin untuk bertanyakan sebarang soalan.Anda juga perlu ingat yang
besar kemungkinan Sesetengah hadirin yang datang mendengar pembentangan anda mempunyai pengetahuan yang sama atau lebih dari anda berkenaan topik tangan anda
itu.

Berikut ada beberapa tips yang anda boleh amalkan bila
menjawab soalan dari hadirin anda:-

1. Jangan melangkah ke belakang bila soalan dikemukan.Ini mungkin dianggap sebagi satu langkah bertahan atau menunjukkan anda gugup.

2. Jangan naikkan kekuatan dan nada suara anda

3. Jangan keraskan badan anda bila mendapat soalan dan kemudian baru nampak tenang setelah anda rasa yakin yang anda boleh menjawab soalan yang dikemukakan.


Situasi yang mungkin boleh membuat anda jadi panic ialah bila mendapat soalan yang anda tak dapat nak jawab. Biasanya bila dapat soalan yang sukar dijawab
orang akan jawab

That is a good question.

Ini mungkin boleh memberi anda masa untuk berfikir untuk mencari jawapan yang sesuai tapi ini mungkin akan dikaitkan dengan ahli politik yang menjawab sedemikian tapi terus menyambung balik ucapan mereka tanpa menjawab soalan yang telah diberikan

Lebih baik dari anda melengah-lengah kan jawapan, anda mendapatkan kepastian dari penanya soalan itu dengan bertanya balik soalan-soalan seperti berikut:

1. I am sorry, I did not quite follow your question just now, could you repeat it please?

Maafkan saya,saya tak berapa nak ikut/faham soalan anda tadi.Boleh saudara ulang balik soalan saudara tadi?



2. Sorry, I did not quite get you on our question just now, could you repeat that please?
Maaf,saya tak berapa tangkap soalan saudara tadi,boleh tolong ulangkan?

Jika anda benar-benar tidak tahu jawapan kepada soalan yang diberi anda hendaklah berterus terang sahaja. Anda boleh memberitahu penanya yang anda akan mencari jawapan untuk soalan itu dan akan memberikannya pada masa lain. Anda boleh memberitahu penanya seperti berikut:

1. I am not sure of the correct answer for your question, can I get back to you later?
Saya tak berapa pasti jawapan yang tepat untuk soalan anda itu, boleh saya hubungi anda semula selepas ini?

Pastikan anda dapatkan nombor telefon atau alamat email dan berhubung dengan beliau semula untuk memberi jawapan atau penjelasan.

Jika jawapan kepada soalan itu agak sensitif atau boleh membawa kepada pendedahan kepada maklumat sensitifatau rahsia maka anda boleh menjawab seperti berikut:

1. I am afraid I could not comment on your question at the moment..
Saya rasa saya tidah boleh memberi sebarang komen untuk soalan anda itu buat masa ini.

Jika ada hadirin yang bertanya soalan yang telah anda terangkan sebelum ini janganlah pulak anda jawab seperti berikut:

1. I have already covered that just now!
Saya dah pun terangkan sebentar tadi!

2. I think you are not paying attention as I have touched on that a few minutes ago.
Saya rasa anda tidak memberi perhatian penuh semasa kerana saya sudah pun menyentuh tentang itu beberapa minit yang lepas.

Sebaliknya jawapan anda hendaklah lebih berdiplomasi:

1. I have mentioned it earlier in my presentation. , and sorry I did not make it clear.
Saya ada sentuh tentang perkara itu dalam pembentangan saya,maaf kalau saya tidak menerangkannya dengan jelas.

Salah satu masalah yang akan dihadapi oleh anda dalam membuat pembentangan ialah berhadapan dengan individu yang tidak berhenti bertanya atau mempunyai agenda sendiri dalam bertanya terlalu banyak soalan.

Hubungan mata adalah satu teknik yang penting. Bila anda sudah manjawab soalan seseorang pastikan anda melihat bahagian lain dalam bilik tersebut. Jika anda terus melihat penanya itu ianya akan menggalakkan beliau bertanya lagi.Anda boleh juga mengutarakan soalan sebegini kepada hadirin lain:

1. How about the rest of you? Don’t you have any question to asked?
Bagaimana dengan yang lain-lain? Ada soalan yang ingin ditanya?

Akhir sekali anda kena tegas dalam pembentangan ada. Jika anda sudah nyatkan dari awal yang anda cuma sediakan 20 minit untuk sessi soal jawab maka anda hendaklah ikut betul-betul masa yang diberi. Jika masih ada hadirin yang masih mahi bertanya maka anda boleh memberitahu mereka yang anda akan cuba jawab soalan mereka selepas itu dengan memberitahu:

1. The answer to your question is quite complex. Can we discuss about it after this? Well, we’ve come to the end of our question and answer session, so thank you for your attention.

Jawapan kepada soalan anda itu agak rumit.Boleh tak kita bincangkan selepas ini?
Kita sudah sampai ke penghujung dalam sessi soal jawab kita.terima kasih kepada semua diatas perhatian anda.


dari email rakan-rakan

Friday, January 2, 2009

Sebab-sebab Pelanggan tidak setia

Sebab-Sebab Pelanggan Tidak Setia

=>3% berpindah

=> 5% mempunyai hubungan dengan syarikat lain

=> 9% meninggalkan atas sebab kompetitif=>

=>14% tidak berpuashati dengan produk @ perkhidmatan

=> 68% layanan yang tidak berbeza oleh pemilik, pengurus atau sebahagian pekerja kepada pelanggan

=> 1% mati

* Hanya 4% pelanggan yang tidak berpuashati akan komplen dan mereka akan memberitahu 8 hingga 10 orang lain tentang ketidakpuasan hati.*

Kajian American Express di Australia

=> 73% pelanggan komplen tentang masalah mereka paling serius

=> 27% tidak komplen

= 52% fikir komplen tidak mendatangkan hasil,

=>38% fikir tidak berbaloi menghabiskan masa,

=>10% tidak tahu di mana & bagaimana hendak komplen.

artikel dari mail rakan rakan

Saya boring bang dengan leader saya ?

" Saya boring bang dengan leader saya, tak boleh harap. Kalau buat kepas pun benda yang sama dia ajar. Lepas tu suruh ikut cara dia. "
Mungkin sahabat pernah dengar dengan kata-kata tu. Baru-baru ini saya bersembang dengan seorang agent. Menceritakan masalah dia kepada saya yang agensy tidak membantu dalam menjalankan perniagaan sebagai wakil takaful.

Saya pun terfikir. Adalah salah leader ? atau salah wakil itu tersendiri.

Kesimpulan saya ialah wakil kena bergerak sendiri. Boleh berdikari tanpa bantuan dari agensi. Ini boleh dilakukan dengan beberpa perkara.

1. Perancangan yang teliti dari segi masa untuk kita korbankan untuk bertakaful

2. MESTI ada ramai senarai prospek untuk memudahkan kerja. Banyak nama prospek....banyak temujanji...banyak closed case.

3. MESti tetap hadirkan diri ke kelas yang dianjurkan oleh agensi agar dapat mengathui maklumat terkini.

4. Mesti bergaul dengan wakil-wakil dari agensi lain agar dapat bertukar-tukar idea untuk menambah motivasi diri.

5. Belajar untuk menjadi self motivated. cari ilmu ini melalui buku-buku di pasaran


ada banyak lagi sebenarnya. Oleh itu terpulang lah kepada setiap wakil. Cipta aktiviti untuk diri sendiri.

Semoga berjaya